SELAMAT HARI GURU...

Posted by iedah

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi seorang yang bergelar guru.. tahun ini diriku tidak bergelar guru seperti mana 2 tahun berturut-turut yang lepas. Walaupun hanya menjadi guru ganti sahaja semasa cuti semester, namun ia memberi begitu banyak pengalaman sebagai persediaan untuk menempuh dunia pendidikan yang sebenar 2 tahun lagi..

Pertama kali menjadi guru ganti di sebuah sekolah yang terletak di kawasan yang agak pedalaman di daerah Baling, Sekolah Kebangsaan Ulu Bakai. Ketika itu baru sahaja menghabiskan masa cuti selama seminggu setelah menamatkan pengajian di peringkat asasi di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri. Kebetulan abang iparku mengajar di sekolah tersebut memudahkan urusanku untuk menjadi guru ganti kepada seorang ustazah yang cuti bersalin. Kebetulan pada ketika itu, tiada lagi guru yang dapat menjadi pengganti dan alhamdulillah sudah menjadi rezekiku tahun itu. Hari kedua menjadi guru ganti di situ merupakan hari guru. Sambutan hari guru agak meriah juga di sekolah tersebut. pelbagai acara menarik oleh para pelajar seperti pentomen, sajak dan nyanyian. Acaranya seterusnya adalah sukaneka oleh para guru. Mau xmau terpaksa juga la main. Kedengaran sorakan yang bersemangat sekali oleh murid-murid ketika para guru sedang bermain. Memang meriah sungguhJ. Last sekali..memang menjadi acara yang wajiblah bagi para pelajar setiap tahun iaitu penyampaian hadiah kepada guru-guru..ketika itu, berduyun-duyunlah pelajar mencari guru-gurunya untuk diberi hadiah. Penuh jugalah beg plastik besar dengan hadiah-hadiah yang kuterima hari itu. Satu persatu kubuka hadiah-hadiah tersebut di depan mak, adik dan abangku yang juga seorang pendidik. Hadiah-hadiah tersebut tidaklah begitu mahal. Ada yang bagi bekas sabun, buku tulis, bunga, pen, cenderahati dan juga kad-kad ucapan selamat hari guru. Mahal atau tidak hadiah-hadiah tersebut, bukanlah ukuran. Yang penting mereka ikhlas memberi. Padahal sebenarnya bukan itu yang dipinta oleh semua guru. Sebagai guru yang juga pernah menjadi seorang pelajar, faham akan situasi kehidupan sebagai seorang pelajar itu sendiri. Mereka bukanlah dari kalangan yang berkemampuan. Bukanlah dari kalangan orang yang menerima gaji, mereka hanyalah menerima 'wang saku' daripada ibu bapa. Cukuplah sekadar kejayaan menjadi insan yang berkahlak dan berjaya di dunia dan ahirat menjadi hadiah yang paling mahal buat seorang guru. Cukuplah sekadar pelajar itu masih mengingati akan gurunya walaupun berada jauh di puncak menara gading.



Tahun berikutnya..setelah tamat sahaja peperiksaan bagi semester kedua, aku menerima panggilan daripada abangku yang yang bertanyakan samada nak tak jadi guru ganti di tempat dia mengajar di KAFA Integrasi As-Solihin di Sg.Buloh. setelah berbincang ngn mak, mak mencadangkan agar aku menerimanya kerana pengalaman itu penting. Carilah pengalaman sebanyak mungkin sementara ada peluang ni. So, jadilah diri ini seorang 'ustazah' lagi pada tahun 2008 tersebut. Maka pada cuti tersebut. Tidak dapatlah nak menghabiskan cuti di kampung.huhu... Mengajar di KAFA ini agak berbeza dengan sekolah yang lalu kerana ia di bawah seliaan kerajaan negeri Selangor, bukan di bawah kerajaan. Waktu mengajar pula hanyalah pada sesi petang Cuma sekali sekala kena datang pagi bagi menggantikan abangku. Para pelajarnya majoriti lebih aktif dan ramah berbanding sekolah dahulu. Mungkin kerana mereka ini tinggal di kawasan bandar. Semasa berada di depan, menjalankn tugas sebagai pendidik, sesekali terbayang saat diriku berada di atas kerusi kayu bersama meja yang juga kayu di kala petang hari yang sangat panas berhawakan kipas yang kian hari makin lemah pusingannya 10 -13 tahun yang lalu. Berada di depan ini buatku teringatkan pengalaman lalu sebagi seorang pelajar. Memang agak melucukanJ. Melihat setiap telatah dan gelagat pelajar di depanku itu, mengingatkan setiap telatah dan perangaiku semasa di bangku sekolah dahulu..hehe..namun, semua itu sudah berlalu dan hanya menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

Sambutan hari guru di situ juga agak meriah yang mana di sambut pada sebelah petang. Semua pelajar sesi pagi perlu menghadiri pada waktu petang kerana pada sebelah paginya diadakan sambutan hari guru di sekolah kebangsaan. Pelbagai persembahan diadakan oleh para pelajar dan guru seperti nasyid dan pentomen, jual beli pantun oleh guru dan pelajar seterusnya sukaneka..hmm..main lagi. Tapi sukaneka tersebut melibatkan pelajar dan guru yang mana peserta diwakili oleh seorang guru dan pelajar. Acara seterusnya macam biasalah penyampaian hadiah oleh para pelajar. Berduyun-duyunlah pelajar mencari guru kesayangan mereka untuk diberikan hadiah sempena hari guru. Bagi yang agak berkemampuan ckt, disediakannya hadiah untuk semua ustaz dan ustazah di situ.

sukaneka masa hari guru

pelajar tahun 6

Sebut pasal bagi hadiah ni, teringat kenanganku waktu di bangku sekolah menengah beberapa tahun yang lalu. Tatkala tiba sahaja hari guru, maka sibuklah kelasku membincangkan hadiah apa yang patut diberi kepada guru-guru. Nak bagi guru yang mengajar kelasku saja pun, nanti kecik pula hati guru-guru lain. So, bermesyuaratlah kami semua membincangkan hadiah apa yang patut dibeli. Tugas membeli hadiah diserahkan kepada pelajar berulang yang tak ada orang lain melainkan diriku dan adilah serta 2 3 orang rakan lain sahaja yang menjadi mangsanya;-). Kami sahaja yang mudah keluar ke kedai pun. So, pada petangnya, 2 hari sebelum tibanya hari guru, km pun memulakan operasi mencari hadiah yang sesuai berpadanan dengan jumlah wang yang dikutip. Setelah menilai dan memilih, km pun belila sabun mandi n sapu tangan.hehe..nak buat mcmna. Xde duit lagi time tu. Baru tingkatan3. hanya itu yang termampu untuk dibeli untuk semua guru-guru Sekolah Menegah Agama (Arab) Yayasan Al-khairiah tercinta. Tiba hari yang dinanti. Setelah selesai acara sambutan hari guru pada hari tu, berkeliaranlah kmi mencari guru-guru untuk diberikan hadiah. Memang rasa puas hati sangat dapat bagi hadiah 'yang wangi' tu pada semua guru di samping dapat menghadiahkan ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan selama ini. TERIMA KASIH USTAZ, USTAZAH, CIKGU-CIKGU!!..JASA KALIAN TAK KAN KULUPAKAN SEPANJANG HAYATKU.. tahun ini hajat di hati mahu juga ke sekolah berjumpa dengan guru-guru. Tapi tak kesampaian kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Hanya ucapan dalam hati sahaja mampu ku berikan buat semua guru2 yang telah mengajarku dan mencurahkan bakti mereka dalam mendidikku selama ini. Semoga hidup kalian diberkati dan dirahmati selalu..InsyaAllah...

Ketika waktu mengajarku di KAFA sudah hampir ke penghujungnya kerana cuti semester sudah hampir tamat, para pelajar sudah sibuk bertanya..'usatazah mengajar sini sampai bila?'..'ustazah..jangan la berhenti'...'ala...kami dapat mak baru lagi la nanti'..'asyik bertukar guru je km ni'..itulah ayat sedih yang keluar dari bibir-bibir mereka..huhu..sedihnya. memang kelas 4 Tawakal begitu sadis sekali;-). Mana taknya..xpenah dapat guru yang tetap. Diriku merupakan guru yang ketiga yang bakal berhenti mengajar mereka..kesian..tapi nak buat cmna. Mungkin lepas ni dapat la tu guru yang tetap. Itulah doaku dalam hati. Alhamdulillah kini memang mereka sudah mendapat ibu yang baru dan harapnya memang tetaplah.. kepada bekas anak-anak didikku..semoga kalian berjaya dalam menuntut ilmu. Sesungguhnya perjalanan kalian masih jauh lagi. Jangan putus asa dalam menghadapi hidup ini. Terima kasih atas segala kesetiaan kalian mendengar leteran dan ajaranku. Dan terima kasih yang tidak terhingga atas hadiah dan sambutan hari terkahir serta hari lahirku yang dirancang tanpa pengetahuanku. Terima kasih atas segala-galanya. Sesungguhnya kenagan bersama kalian tidak kulupakan..Iallah...


LAGU TEMA SAMBUTAN HARI GURU pada tahun ini:


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tamb
i

0 comments:

Post a Comment