KUALA LUMPUR: Pemimpin Islam semua parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bimbang dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya, mahu kerajaan menyegerakan proses rayuan terhadap keputusan itu.

Mereka berpendapat keputusan mahkamah Khamis lalu itu melanggar Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi dan mahu ia diperhalusi supaya sensitiviti agama dan kaum di negara ini diambil kira. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat isu itu sebagai amat bahaya dan perlu diselesaikan segera kerana tidak mahu peristiwa Natrah di Singapura berulang di Malaysia.

"Penggunaan perkataan Allah (dalam majalah Herald-The Catholic Weekly) secara tidak langsung menyebarkan dakyah `Christianity' di kalangan orang Islam yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan kepada orang Islam. Perkara ini harus dilihat oleh pengamal undang-undang, sama ada kehakiman mahupun guaman.

"Kita mengharapkan keadilan. Kes ini perlu diteliti bukan saja dari aspek perundangan sivil, tetapi juga perundangan syariah serta maksud tersirat Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti umat Islam," katanya.

Beliau meminta semua pihak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa perkataan Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan itu bimbang dengan implikasi yang timbul berikutan keputusan mahkamah itu dan akan berjuang bagi menentukan kedudukan serta kesucian agama Islam tidak dicemarkan.

"Jika perlu kami akan memohon perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Beliau berkata, Wanita Umno juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bagi membincangkan isu itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat walau apa pun alasan yang diberi sebagai justifikasi keputusan berkenaan, ia tetap menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

"Terjemahan 'God' yang diguna dalam agama lain dalam bahasa Melayu atau Arab ialah 'Tuhan', bukan Allah. Allah spesifik Tuhan bagi orang Islam. Kalau mereka faham mereka akan guna perkataan Tuhan, bukan Allah.

"Saya akui kalimah Allah diguna di Sabah dan Sarawak sebelum mereka masuk (bergabung) dalam Malaysia... tetapi di Semenanjung kita tak pernah dengar pula," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Mahasiswa Melayu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam.

Pada 16 Februari tahun lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berharap rayuan segera dilakukan kerana melihat semacam ada satu usaha cuba merobek keadaan sehingga timbul kekeliruan di kalangan umat Islam.

"Ini bukan isu politik, ini isu akidah, tauhid yang umat Islam tidak akan beri respon (maklum balas) senyap terhadap isu ini," katanya.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, juga berharap kerajaan menyegerakan proses rayuan itu kerana ia melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan orang bukan Islam tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh meragukan umat Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kalimah Allah dalam akidah adalah membabitkan soal tauhid dan isu berkenaan perlu diteliti secara halus dan jika perlu, ada campur tangan Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan bagi mengelak suasana tegang dalam masyarakat.

"Jika kalimah Allah digunakan dalam agama Kristian, ia tidak membawa maksud sebenar dalam al-Quran kerana tidak menggambarkan ketauhidan.

"Kita tidak nafi ada istilah yang Allah sebut mengenai penggunaan Allah oleh bukan Islam, contohnya `Kalau kamu tanya mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka kata Allah. Dalam konteks penciptaan memang mereka mengatakan Allah tetapi nilai ketauhidan yang membezakan antara Islam dan bukan Islam," katanya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dari PKR berpendapat keputusan mahkamah berkenaan tidak tepat dan boleh dipertikaikan, malah akan menyebabkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam.

Beliau dalam kenyataan media di laman blognya, berkata keputusan itu secara tidak langsung mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan sama sekali terhadap orang Islam. Membenarkan penerbitan Kristian menggunakan perkataan Allah bagi penerbitan berbahasa Melayu jelas satu bentuk dakyah halus kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam.

"Ini sekali gus mencabar dan tidak menghormati Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam; dengan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam risalah penerbitan Kristian, ini sebenarnya dikira akan mendorong penganut Kristian dalam perlakuan jenayah kerana Enakmen Penyekatan Pengembangan Agama, Iktikad dan Kepercayaan Lain terhadap Orang Islam (Anti Propagation Law), yang digubal dengan sahnya menurut Artikel 11 Perlembagaan di beberapa negeri jelas memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa menggunakan perkataan tertentu termasuk 'Allah' kecuali bagi maksud Islam," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman menggesa kerajaan memfailkan rayuan serta-merta supaya keputusan itu dikaji semula dan melarang mana-mana agama selain Islam menggunakan kalimah Allah.

"Negara telah menikmati suasana kebebasan beragama selama mana Islam menjadi agama rasminya dan semua kaum di negara ini harus menghargainya dengan tidak mencuba menggugatnya dengan bertindak secara bodoh membangkitkan perkara remeh seperti ini," katanya.

Katanya, PPIM bimbang keputusan itu bakal mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara akibat sentimen agama umat Islam yang sensitif dengan perkara yang menyentuh soal kepercayaan mereka dan kebimbangan mereka akan nasib keturunan mereka jika perkara ini berterusan.

"Umat Islam mengenal Allah berserta sifatnya sekali dengan ketauhidan yang meliputi ketauhidan rububiah, uluhiah dan asma' wa sifat. Kita percaya Allah yang bercirikan ahadiah dan samadiah.

"Bagaimana mungkin pihak lain merujuk Allah sewenang-wenangnya tanpa melihat semula akan sifat dan ciri-ciri Allah yang sediakala itu? Apakah sifat Allah yang mereka percaya itu? Al-Quran ada menjelaskan bahawa orang Yahudi mempercayai Uzair itu anak Allah dan orang Nasrani pula percaya bahawa Al-Maseh itu anak Allah. Ini jelas bertentangan dengan Allah yang diimani oleh umat Islam," katanya.


klil untuk ulasan lanjut mengenai isu ini:

Mahasiswa kini

Harakahdaily


salam hijrah..salam tahun baru...

Posted by iedah


Assalamualaikum wbt...em..udah bersawang dah page nih..dan dah karat-karat sampai kena cat baru page nih...;-)..saja dah masuk tahun baru..so azam kena baru..template pun kena baru la..hari ni dah 2 Januari 2010..dan 16 Muharam 1431..em..kedua2 tahun baru disambut agak hampir juga..cuma berbeza beberapa hari saja.

Namun, tahun baru hijrah disambut terlebih awal daripada masihi..kalau kita perhatikan..nampak macam tahun baru masihi disambut lebih meriah daripada tahun baru hijrah...kenapa yer???...bila dah nak msuk 1 Januari..ramai la orang pakat pasang azam baru..semuanya hendak dibarukan...tapi adakah semua orang memasang azam baru apabila tibanya 1 Muharam???especially kaum muslimin itu sendiri...apa yang kita buat apabila tibanya 1 muharam???...agaknya tak buat apa2 lot..hmm...adakah doa akhitr tahun dan awal tahun dibaca tatkala menjelangnya awl muharam....sama-sama kita renungkan..

apabila disebut perkataan hijrah...ia sangat sinonim dengan satu peristiwa yang sangat besar dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bersama kaum muslimin ataupun kita gelarkan muhajirin (kerana mereka adalah orang yang berhijrah) ke sebuah negara yang sudi menerima kedatangan Islam iaitu Madinah..

pelbagai peristiwa yang berlaku saat mana Nabi kita berhijrah..termasuklah dikejar kaum kuffar..baginda dan para sahabat menempuh pelbagai dugaan dan kepayahan atas pengorbanan yang dilakukan itu.. tetapi ketika sampai sahaja di kota Madinah..baginda dan para sahabat disambut dengan penuh gilang-gemilang sekali. sebuah nasyid yang pastinya kita ingat kan...
tola'albadru 'alaina....itulah alunan nasyid ketika kaum kota madinah menyambut nabi...

penghijrahan Nabi dan orang-orang Islam ke Madinah telah memberi sinar kepada dakwah islam itu sendiri..pembinaan sebuah negara Islam yang pertama dalam sejarah..

sepatutnya kita perlu menghayatai dan mengingati akan pengorbanan dan kepayahan orang-orang Islam terdahulu yang sangat cintakan Allah dan RasulNya..islam dahulu dijulang..tapi Islam kini bagaimana????......hinggakan kesuciaan lafzuljalalah pun dibuat main-main sekarang..nauzubillah...

Malaysia kini sedang panas dengan isu penggunaan kalimah "ALLAH"...bagi saya amat tidak patut perkara ini berlaku..

"aminah & susan kawan baik dari kecil.. tiba2 aminah terbuat dosa dan rasa bersalah sgt, lalu mengadu kt susan.. susan kata, pergila solat & bertaubat la kpd Allah.. aminah jawab "aku tak bole solat la hari ni".. lalu susan pun ajak aminah "kalo camtu,jom pergi mengadap Allah aku la, slps bercakap dgn paderi, terus Allah akan ampunkan kau"

dialog ni saya amik dari post abang saya dalam fb..emm..situasi mungkin akan berlaku dalam kalangan orang Islam sekarang ni especially budak-budak yang baru nak mengenal Islam..akan terjadinya kekeliruan kalimah ALLAH yang digunakan. mengapa isu ini timbul sedangkan orang Kristian sebelum ini menggunakan nama
Jesus sebagai tuhan mereka..kenapa pula ditukar kepada penggunaan kalimah Allah???...nampak sangat yang ianya salah satu cara untuk mereka meruntuhkan aqidah umat Islam..AWAS ORANG ISLAM!!!!...

Kesuciaan Islam patut dijaga. tambahan pula Islam adalah agama rasmi bagi negara Malaysia..semua negara-negara luar sangat bangga dengan kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara Islam..( teringat ketika berada di Oman..orang Oman sangat memuji kepimpinan Malaysia)...ianya sangat mengecewakan kalau kesuciaan ini tidak dijaga..

Saya sangat berbangga dengan segolongan orang Islam yang membantah keputusan mahkamah ini..takbir!!!!!...