cepatnya masa berlalu..

Posted by iedah

Alhamdulillah..selesai sudah peperiksaan bagi semester kedua sesi 2008/2009 ini.. sedar tak sedar dah habis pun tahun kedua bagi pengajianku..Ya Allah..pantasnya masa berlalu tanpa disedari. Rasa macam baru semalam ja mak dan abah hantar datang mendaftar di koleh kediaman kinabalu ni.. rasa baru seperti semalam ja melalui minggu haluan siswa.. rasa macam baru semalam je memulakan kuliah bagi pengajianku.. sekarang ni dah cuti dan menunggu untuk masuk ke semester pertama bagi tahun ketiga..huhu..rasa macam tak percaya ja.. walaubagaimana pun, itulah hakikatnya yang patut kita terima. Masa yang telah berlalu tidak akan datang kembali..masa yang telah berlalu akan terus berlalu..berlalu...dan meninggalkan kita. Yang menanti kita adalah hari esok dan esoknya..

Semester kali ini agak kepenatan juga la.. mengambil 21 jam kredit(7 subjek) di waktu semester pendek memang agak memenatkan. Ditambah pula jadual peperiksaan yang agak padat dan rapat memang menambahkan lagi kepenatan otak untuk memikir.huhu..walau apa pun, peperiksaan sudah habis..alhamdulillah.berlalu jua walaupun susah..itulah hakikat hidup ini. Sesukar mana pun kita..sepayah mana pun hidup ini..perjalanan kita perlu diteruskan..

Semoga segala ilmu-ilmu yang telah dipelajari berkekalan menghiasi dada ini...sebagai persiapan untuk menghadapi hidup ini dan persiapan menempuh alam pendidikan nanti..Iallah.semoga Allah perkenankan.. Sesungguhnya peperiksaan itu bukanlah segalanya..Peperiksaan itu hanyalah sebagai salah satu latihan bagi kita. Menuntut ilmu bukan hanya semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan sahaja. Apa yang penting adalah penghayatan dan pengamalan ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian kita.

Begitu ramai mahasiswa/i yang mendapat PNGK yang tinggi dan mendapat anugerah dekan. Tapi sejauh mana penghayatan ilmu-ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Adakah akhlak dan perilaku mahasiswa/i hari ini menggambarkan keintelektualan mereka selari dengan pencapaian dalam bidang akademik.. tepuk dada tanya diri..kita sebagai orang yang mempunyai ilmu sepatutnya mempunyai akhlak yang lebih baik daripada insan yang tidak dipilih oleh Allah untuk meneruskan pengajian di kampus tercinta ini. (nasihat untuk diri sendiri dan teman-teman... )

Semoga kita tergolong di kalangan orang yang dipayungi olah rahmat dan kasih Allah..Ameen..

0 comments:

Post a Comment