Dilahirkan pada 13 Mei 1987. berasal dari Baling, kedah. anak ke 7 daripada 9 orang adik beradik. mendapat pendidikan awal di SRIDU Kupang dan Sekolah Kebangsaan Kupang. Menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menegah Agama Arab yayasan Al-khairiah. kemudian, menyambung pelajaran ke Akademi Pengajian Islam Nilam Puri dan kini pelajar tahun 3, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam jurusan ijazah sarjana muda Pendidikan Islam.
~ibnat_flower87@yahoo.com~
Alhamdulillah..kesyukuran yang mampu ku rafa'kan kepada Tuhan Yang Maha Esa atas limpah rahmat dan kasihnya yang telah menghidupkanku selama 22 tahun ini..hari ini, tanggal 13 Mei..genap umurku 22 tahun hidup di muka bumi Allah ini. Terima kasih sahabat2 ku yang mengingati tarikh kelahiran diri ini..hanya ucapan keramat inilah yang mampu dilafazkan..tepat jam 12 malam maka berduyun2lah mesej masuk ke inbox henfon. Kepada sahabat yang terawal hantar wish, tahniah diucapkan. Dari 12hb lagi dah ada yang wish..terima kasih tak terhingga diucapkan..ini menunjukkan kalian memang menghargai diri ini..TERIMA KASIH lagi sekali..:-)..
Mesej dari sahabat2 setia: 1) from Adilah…>>sepupu yag setia;-)<< (>-<) (. "o) awak bz ke? ( *"(,,) (.(.J
(>"<) Xpe kita ( o",) duduk (")(")(,) sini jE... Just nak wish eppy best'day !!:-)
2) from naz.. tak terasa bils dia pergi, tapi sayu bila dia x kembali, mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada mmiliki x mghargai.., dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan...kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan, kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan..thank you Allah 4 the gift of....IMAN! Semoga hidup n mati kita dalam iman..Amiin.. Just nak ucap..SLMT HARI GURU N HAPPY BIRTHDAY..;-)
3) from Fairul (>""<) (._.) aloo >")("<> Just nak ucap : apie besday yg ke-22thn! Moga succes sokmo deh! (>""<) (._.) k.bye, gud nite (,)..(,)
4) from zahidah..ex-roomate *;%*;%'* *;*;%/*%* )i( sesegar ( ) bunga Untuk dirimu yang jauh.. Dengan memori kemesraan & doa semoga hari esok akan lebih ceria & bahagia.. hepi bezday ke 22. Moga panjang umur n murah rezeki. Smile always..:-)
5) from mar.. Assalamualaikum… Ada orang tak? Nasib baik ada, ada hadiah ni… ()"""() .@ ( 'o') ,@@@ =(,,)=(")<-@@@ (""),,,("") "@@ "Selamat ari lahir yang ke-22" Dah sebaye kte ni ye?:-)
6) from naimah Salam..slmt hari lahir ke22. bertambah umur setahun lagi.em..bunga tu utk hg;-) moga pjg umru murah rezeki, bahagia dunia akhirat..frnship 4ever.
7) from shida..>>sepupu yg setia<< "Perkara yg paling aku kesali dlm sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah.."-ibnu mas'ud r.a- Renungilah..sanah helwah ya ukhti..kullu 'am wa anti bikhoir. Allahu yubarikfik:-)
8) from kamaliah.. Hepi b'dy…fi amaanillah..
9) from k.dayah>>my sister yg banyak berjasa;-p<< Anak kelawar main dalam gua, Main wau dengan mak tua, Mak tua datang dr muar, Bwk bersama dgn takua, Blh buat msk kari takua, Pastu anak klwar pun kata..selamat hari tua..hehe..
10) from Presiden PERMADAH 09/10 Salam, selamat hari lahir yg ke 22.. semoga panjang umur n murah rezeki",)
11) from k.dalila >>Mantan S/U PERMADAH 08/09<< Salam..epi birthday..wish u all da best in ur life..
12) from S/U PERMADAH 09/10 Salam…Selamat hari lahir..;-)..smoga dmurahkan rezeki…
13) from Farihah.. Salam..happy birthday..moga pnjg umuq n dmurahkan rezeki..
14) selamat hari lahir...moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki...dipermudahkan segala urusan, moga ceria n hepi sllu... moga diperkuatkan iman n mujahadah jua...from kakdila
15) from mr.pres;) epi birthday........... moga pnjang umur n murah rezki dikurniakan suami dan anak yg soleh.... dikurniakan kejayaan yg berterusan... dikurniakan ilmu yg mntap..
16) salam..ucapan selamat hari lahir daripada YDP PMAPIUM (M.Nazim Hayazi) NYDP (Musyaiyadah Ahmadun) n barisan MT.. semoga hayat dilimpahi barakah..tgktkan amal, islahkan diri..slmt b'cuti:-)
17) sometimes i forget to say "kaifa haluki?". sometimes i even miss to say " salam" but that doesn't mean u r forgotten, coz u r a person "daiman fi qolbi" ;-)..(HAPPY BESDAY:-D)..>>k.masyitah>>
Mengenang kembali sambutan hari lahir yang ke 21 tahun lepas, agak meriah juga..time tu kebetulan hari pertama start menjalankan tugas sebagai guru ganti di KAFA Integrasi As-Solohin, Sg.Buloh. Kakakku yang begitu berjasa itu;-p..telah membelikan kek dan menyambutnya di pejabat sekolah..thanks sis..tapi bukan setakat itu sahaja sambutannya..murid-muridku juga menyambutnya sekali lagi ketika hari terakhir aku mengajar di situ..alahai..terharunya rasa hati ini..tanpa dirancang pun jamuan tu..pandai betul budak-budak ni..siap belikan kek dan membawa makanan dari rumah masing-masing. Memang bab jamuan blh bagi 10 bintangla kat budak-budak ni.. Padahal 2 hari sebelumnya sudah pun dibuat jamuan perpisahan yang mereka merancang tanpa pengetahuanku..macam2 betul budak2 kelas 4 Tawakal ni..sedih juga nak meninggalkan mereka..tapi apa boleh buat cuti semester sudah tamat dan aku perlu kembali ke kolej untuk mendaftar.huhu..sedihnyer..
telatah anak muridku di depan kamera..blh tahan jgk diorang ni yer;)
kek yg budak2 tu belikan..sedapnye..yum yum.
kek ni my sis yg belikan.. sambut dalam pejabat jer..
Mengingati diri ini yang telah 22 tahun diberi nikmat udara untuk bernafas..nikmat rezeki yang tidak putus-putus..nikmat kesihatan yang membolehkan diri ini bebas ke mana-mana..nikmat kasih sayang daripada keluarga, teman-teman, sahabat-sahabat…merasakan begitu bersyukur sangat-sangat. Namun diri ini jug merasakan begitu kerdil dan hina sangat di sisiMu Ya Allah..begitu banyak amanahmu, begitu banyak kewajipan terhadapMu yang masih belum sempurna terlaksana. Masih banyak kelompangan-kelompangan yang wujud dalam diri ini yang telah pun diberi peluang hidup selama 22 tahun, yang telah diberi peluang membesar dalam biah agamaMu yang suci.. semoga Allah memberi lagi peluang untukku perbaiki diri ini..mengislahkan diri ke arah yang lebih baik..menjadi insan yang bertaqwa dan beriman..
Terdapat beberapa isu semasa yang saya tidak sempat untuk memberikan respon, walaupun agak ramai yang meminta ulasan. Isu-isu semasa yang berkait dengan Islam seperti keputusan kabinet untuk membiarkan anak kekal dalam agama masing-masing walau selepas ibu bapanya memeluk Islam, penggunaan nama Allah bagi penganut Kristian, orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran dan isu bahasa Melayu untuk pengajarn sains dan matematik.
Bagi tidak menghampakan mereka yang bertanya dan menjelaskan pandangan saya, tulisan ini dibuat, namun disebabkan oleh kekangan masa dan memandangkan agak ramai ilmuan Islam telah menulis berkenaan hal ini, saya tidak akan menghurai panjang lebar beserta dalil, cukup sekadar menjelaskan pandangan saya sebagai menjawab soalan ringkas dari mereka yang bertanya.
PERTAMA : ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AL-QURAN
Isu ini timbul dari kempen ceramah politik pakatan rakyat di pilihanraya Kecil Bukit Gantang, terdapat dua kelompok masyarakat Islam ketika mengamati peristiwa ini. Pertama : Yang tidak bersetuju serta menganggap ia sebagai penghinaan khususnya disebabkan kesilapan sebutannya dan nama surah. Kedua : yang tidak melihat sebagai satu kesalahan malah menganggapnya sebagai satu kelebihan buat Islam.
Setelah mendengar sendiri ucapan Yang Berhormat yang berkenaan di youtube, dan setelah meneliti hujjah kedua-dua kelompok, saya secara peribadi dan atas dasar ilmiah, tidak nampak sebarang masalah yang besar atau yang boleh dihebohkan.
Ia adalah kerana :-
1) Banyak dalil jelas menunjukkan bukan Islam turut membaca sama ada secara tertutup atau terbuka ayat-ayat al-quran di zaman Nabi sa.w. Malah ayat-ayat al-Quran digelar mu'jizat (sesuatu yang mencarik adat dan luar biasa serta melemahkan musuh), apabila ayat-ayatnya diteliti oleh ahli sastera kafir quraisy, tatkala itulah baru mereka mendapati Al-Quran adalah sebuah kalam Allah dan bukan hasil pemikiran manusia.
2) Nabi s.a.w turut menghantar surat yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran kepada pemimpin bukan Islam di zamannya. Tentunya ia dibaca dan sememangnya untuk diwarwarkan.
3) Ayat Al-Quran juga turut dibaca oleh Umar al-Khattab semasa beliau belum Islam. Akhirnya menjadikannya Islam.
4) Ayat yang dibaca bukan dalam intonasi dan situasi menghina tetapi adalah untuk menegaskan intipati keperluan kepada kesaksamaan dan keadilan dalam kehidupan. Benar, ia adalah satu penghormatan dan bukan penghinaan.
5) Kesalahan sebutan dan nama surah, adalah dimaafkan bagi mereka yang dalam pembelajaran, apatah lagi orang bukan Islam. Terlalu ramai umat Islam yang masih gagal membaca al-Quran dengan betul malah ramai juga yang langsung tidak mampu membacanya. Tun Dr Mahathir turut pernah menyebut nama surah dengan sebutan yang salah, ketika menyampaikan ceramah umum beliau di Nilam Puri pada tahun 1993, semasa beliau menghentam PAS yang ingin memperkenalkan hudud. Saya berada di sana ketika itu, namun tiada rakaman yang boleh dikongsikan.
KEDUA : PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN
Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.
Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.
Setelah melakukan penilaian terhadap pelabagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membenarkan penganut kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :
Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).
Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.
Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.
Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat dari hujah kumpulan yang menolak.Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada penegrtian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.
Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi Bible yang wujud hari ini bukannya injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as.
TETAPI ..
Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU PENGHARAMAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan.
Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah digunakan oleh pihak Kristian.
Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini. Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Ye di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat.
Terutamanya apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu. Kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang dirasakan akan mempermainkan dan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, eloklah ia dilarang.
Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun dari sudut mudarat, ia wajar dilarang sama ada dalam tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu bagi menhindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang lemah.
KETIGA : ANAK KEKAL DALAM AGAMA ASAL
Berlaku lagi isu yang dianggap sensitif berkait isu agama, sebagaimana kes jenazah individu yang dipertikai sama ada telah menganuti Islam atau tidak semasa hayatnya.
Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.
Pelbagai artikel ditulis dalam hal ini, saya tidak berhasrat untuk mengulang-ulang apa yang telah ditulis. Fatwa dari empat mazhab turut disertakan. Secara ringkasnya, majoriti mazhab berpandangan anak akan menjadi Islam secara automatik sama ada ayah atau ibunya menganuti Islam. Manakala mazhab Maliki pula hanya meletakkan kemasukkan Islam secara automatik itu hanya berlaku jika si ayah yang menganuti Islam. Justeru itu, menurut pandangan keempat-empat mazhab, kes yang berlaku di Malaysia ini, anak turut automatik menjadi Islam.
Bagi yang berminat membaca lanjut boleh merujuk di link berikut .
PKPIM juga ada mengeluarkan kenyataan yang baik, disamping menyertakan beberapa kes lama yang boleh dijadikan panduan dalam menetapkan sikap terhadap kes terbaru ini, iaitu :-
"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.
"Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga.
"Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,"
Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara autoamtik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya tuurt serta menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.
Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan,
Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah mereka mampu memberi respond dan jawapan. Wallahu'alam.
KEEMPAT : ISU PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS BAGI MENGAJARKAN MATEMATIK DAN SAINS
Ini juga isu hangat yang ditanyakan kepada saya, namun saya tidak mampu memberikan banyak idea berkenaan isu ini khususnya kerana ia adalah satu isu yang lebih dominan berkaitan keputusan politik dalam sesebuah negara.
Apa sahaja yang diputuskan oleh pihak kerajaan sememangnya perlu berdasarkan hasil kajian terperinci teori dan praktikal, kesan dan target, perbincangan peringkat atasan, ahli akademik, guru, murid, ibu bapa dan ahli politk. Hanya selepas ini semua dilalui, barulah pihak kerajaan patut memutuskan keputusan. Bagi saya, itu cara terbaik jika sesebuah kerajaan menghormati minda dan idea rakyatnya. Malah setiap keputusan yang diambil pula tidak semestinya tidak boleh dibuah, boleh sahaja dicuba beberapa tahun dan dilihat kesan buruk dan baiknya, kemudian ia terbuka kepada pindaan dan perubahan. Yang menjadi maslaah hari ini, kerajaan mungkin malu untuk membuat penilaian dan pindaan kerana bimbang akan dituduh sebagai flip flop dan yang sepertinya.
Perlu diingat, tekanan politik yang menghentam sehingga terlebih had, sehingga bertindak dan tidak bertindak, kedua-duanya akan dihentam, bakal membawa kerugian kepada banyak pihak. Ada kalanya terdapat individu yang ingin melakukan perubahan kebaikan, tetapi membatalkannya kerana tidak mahu dihina dan dimalukan akibat dituduh flip flop selain dianggap tidak cekap dalam membuat keputusan politik. Padahal, keputusan untuk sesebuah negara bukan mudah, malah dengan kajian sekalipun, ia mungkin sahaja tersilap atau berubah berdasarkan keperluan dan zaman.
Malah para ulama sendiri pun banyak yang terpaksa mengubah fatwa dan pendirian apabila mendapat info baru. Seperti Imam As-Syafie yang mengubah beberapa fatwanya ketika berada di Mesir. Adakah ini menjadikan Imam Syafie rh, flip flop dan tidak cerdik.? Tidak timbul isu tidak cerdik sebenarnya, itulah adalah sifat kemanusiaan biasa yang ilmu kita terbatas.
Lihat sahaja, kerajaan Britain hari ini, bajet terbaru menyaksikan pihak parti pemerintah terpaksa mematahkan janji manifestonya untuk tidak menaikkan cukai pendapatan individu, tetapi bajet pada minggu lepas (April 2009) menyaksikan mereka terpaksa menaikkan juga cukai individu kaya. Hasilnya, mereka dilanyak sepuas hati oleh pembangkang yang diketuai oleh David Cameroon. Itulah politik kepartian yang merugikan banyak pihak jika tidak ditangani dengan baik.
Bagi saya secara peribadi, tiada pandangan yang lebih saya cenderung kerana saya tidak punyai data yang mampu menyokong atau menolak. Saya telah baca banyak tulisan sokongan dan bantahan, tetapi semuanya tidak cukup untuk saya menetapkan keputusan buat masa ini.
Semoga apa yang dicoretkan mampu memberi sedikit sebanyak manfaat buat anda.
Bila dahaga, yang susukan aku....mak Bila lapar, yang suapkan aku.....mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak Bila bangun tidur, aku cari....mak Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak Bila nak bermanja, aku dekati....mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya......mak Bila nakal, yang memarahi aku....mak Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak Bila takut, yang tenangkan aku....mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak Aku selalu teringatkan ....mak Bila sedih, aku mesti talipon....mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak Bila bengang.. aku suka luah pada..mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah....mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak Yang selalu berleter kat aku...mak Yang selalu puji aku....mak Yang selalu nasihat aku....mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Re nu ngkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada............
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ra mai yang sanggupmenyuapkan ibunya.... berapa ra mai yang sanggupmencuci muntah ibunya..... berapa ra mai yang sanggupmengantikan lampin ibunya........ berapa ra mai yang sanggupmembersihkan najis ibunya....... berapa ra mai yang sanggupmembuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ra mai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ra mai yangsembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan me nu lis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan mi nu m, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang mengetahui setiap suruhan dan laranganNya. Adakah anda sebagai seorang wanita pernah terfikir betapa banyak kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam pergerakan solat yang dilakukan setiap hari? Percaya atau tidak setiap gerakan dalam solat telah mendahului kepercayaan orang tua-tua dalam memberi petua turun-temurun kepada generasi yang akan datang?
Mereka menemui bahawa gerakan yang dikenali sebagai senaman dapat mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita. Bahkan dari segi sains, solat dapat mengalirkan aliran darah dengan begitu sempurna. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi persamaan antara pergerakan solat dan pergerakan senaman dari petua orang dahulu kala. Kebesaran dan kebijaksanaan ALLAH perlu dikaji oleh setiap insan kerana ada sebab dan musabab kenapa ALLAH menjadikan begini? kenapa tidak begitu? begitu mengapa tidak begini?
Ada sedikit ilmu yang ana ingin kongsikan bersama setiap insan yang bergelar hawa yang bakal melahirkan pejuang-pejuang islam yang bakal menegakkan AGAMA ISLAM dimuka bumi.
SENAMAN-SENAMAN YANG MENYAMAI PERGERAKAN SOLAT.
1. Faedah Halus Pandangan:
Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.
Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.
Perasan atau tidak kedudukan itu sama seperti kedudukan kita sewaktu berdiri tegak mengadap ALLAH. Cuma dalam senaman ini kita berada dalam keadaan berbaring. Manakala mata kita sama gerakan seperti memberi salam ke kanan dan kiri dalam solat.
2.Faedah Angin Tunggal:
Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.
Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.
Keadaan ini sama seperti kedudukan sewaktu kita sujud mengadap ALLAH,ada sebab mengapa sujud yang panjang didalam solat itu lebih baik berbanding dari tergopoh gapah.
3. Faedah Angin Kembar:
Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita.
Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.
Sewaktu mengangkat kedua-dua kaki ke atas keadaan ini pula hampir menyamai kedudukan sewaktu rukuk di dalam solat,kemudian apabila kaki dibengkokkan ke dada itu sama seperti kedudukan kita bangun daripada rukuk dan terus sujud.
Semoga apa yang ana kongsikan ini sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa pemikiran manusia dan sains sebenarnya telah dikabarkan oleh ALLAH TAALA dalam 'bahasa indahnya' kepada semua manusia. Terpulang kepada manusia samada akal yang ALLAH kurniakan ini digunakan ke arah kebaikan atau keburukan. Wallahu' alam.
p/s :
- Allah menerangkan di dalam al-quran bahawa manusia sentiasa dihinggapi rasa gelisah, bakhil dan sifat keji yang lain. Solat adalah satu cara untuk menghilangkan sifat-sifat keji ini. Firman Allah SWT yang bermaksud ;
Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiatkan resah gelisah(lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. (al-Ma'arij 19-23)
Alhamdulillah..selesai sudah peperiksaan bagi semester kedua sesi 2008/2009 ini.. sedar tak sedar dah habis pun tahun kedua bagi pengajianku..Ya Allah..pantasnya masa berlalu tanpa disedari. Rasa macam baru semalam ja mak dan abah hantar datang mendaftar di koleh kediaman kinabalu ni.. rasa baru seperti semalam ja melalui minggu haluan siswa.. rasa macam baru semalam je memulakan kuliah bagi pengajianku.. sekarang ni dah cuti dan menunggu untuk masuk ke semester pertama bagi tahun ketiga..huhu..rasa macam tak percaya ja.. walaubagaimana pun, itulah hakikatnya yang patut kita terima. Masa yang telah berlalu tidak akan datang kembali..masa yang telah berlalu akan terus berlalu..berlalu...dan meninggalkan kita. Yang menanti kita adalah hari esok dan esoknya..
Semester kali ini agak kepenatan juga la.. mengambil 21 jam kredit(7 subjek) di waktu semester pendek memang agak memenatkan. Ditambah pula jadual peperiksaan yang agak padat dan rapat memang menambahkan lagi kepenatan otak untuk memikir.huhu..walau apa pun, peperiksaan sudah habis..alhamdulillah.berlalu jua walaupun susah..itulah hakikat hidup ini. Sesukar mana pun kita..sepayah mana pun hidup ini..perjalanan kita perlu diteruskan..
Semoga segala ilmu-ilmu yang telah dipelajari berkekalan menghiasi dada ini...sebagai persiapan untuk menghadapihidup ini dan persiapan menempuh alam pendidikan nanti..Iallah.semoga Allah perkenankan.. Sesungguhnya peperiksaan itu bukanlah segalanya..Peperiksaan itu hanyalah sebagai salah satu latihan bagi kita. Menuntut ilmu bukan hanya semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan sahaja.Apa yang penting adalah penghayatan dan pengamalan ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian kita.
Begitu ramai mahasiswa/i yang mendapat PNGK yang tinggi dan mendapat anugerah dekan. Tapi sejauh mana penghayatan ilmu-ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Adakah akhlak dan perilaku mahasiswa/i hari ini menggambarkan keintelektualan mereka selari dengan pencapaian dalam bidang akademik.. tepuk dada tanya diri..kita sebagai orang yang mempunyai ilmu sepatutnya mempunyai akhlak yang lebih baik daripada insan yang tidak dipilih oleh Allah untuk meneruskan pengajian di kampus tercinta ini. (nasihat untuk diri sendiri dan teman-teman... )
Semoga kita tergolong di kalangan orang yang dipayungi olah rahmat dan kasih Allah..Ameen..