PPSMI...

Posted by iedah

Bantahan mahasiswa terhadap PPSMI 7 Mac 2009 lalu




Khamis,9 Julai:Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya(PERMADAH) berharap keputusan kabinet yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyidin Yaasin yang juga Menteri Pelajaran adalah tepat.Menurut Exco Akademik & Intelektual PERMADAH,Mohd Khairul Nizam Bin Md Isa jika keputusan ini berdasarkan kajian yang menyeluruh dan mengambil pandangan pelbagai pihak.

Kita telah mendengar bantahan banyak pihak terutama daripada golongan ahli akademik dan tokoh sasterawan tapi kali ini kita telah diberi bukti dan fakta hasil kajian yang membuktikan kelemahan dasar ini.”. ujarnya lagi yang juga merupakan Mahasiswa tahun dua di Fakulti bahasa & Linguistik.


Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut

Mansuhkan PPSMI


Menurut Tan sri Muhyidin Yaasin bagi mata pelajaran Matematik , kedudukan murid telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.Jurang pencapaian antara murid antara sekolah Bandar dan luar Bandar dalam mata pelajaran sains dan matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris sejak 2003.Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar Bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Manakala Timbalan Exco Akademik & Intekektual PERMADAH,Nurul Husna Mustaffa pula berpandangan dasar PPSMI mungkin mendapat sokongan daripada golongan bandar tetapi ia telah memberi kesan kepada pelajar luar Bandar.

Ramai pelajar luar bandar tak mampu kuasai matematik dan sains.Nak faham istilah sains pun susah dalam bahasa Malaysia apatahlagi dalam bahasa Inggeris.Sebenarnya bahasa Inggeris yang perlu dibaiki sistemnya supaya boleh dikuasai bukan subjek lain jadi mangsa.Perancangan teliti perlu dibuat supaya pelajar tidak dijadikan ujikaji.Sekarang pelajar yang tak faham sains dan matematik siapa nak bertanggungjawab!?”,ujarnya lagi.


Para Sasterawan Dan Ahli Akademik Negara turut membantah



Bagi Timbalan Pengerusi Kelab Fasilitator PERMADAH,saudari Faridah Bt. Isa menyatakan pendirian berikut.

"Saya menyokong sepenuhnya keputusan yang dibuat.Memang ini yang sepatutnya berlaku.Jika melihat dari aspek pendidikan,apa yang saya pelajari dalam menilai dan mengukur penguasaan ilmu,kita tidak boleh mengukur dua aspek dalam satu masa,bukan bahasa yang kita ukur tapi penguasan pelajar terhadap ilmu itu sendiri.Kita tidak seharusnya mengabaikan bahasa ibunda.Sesungguhnya perlaksanaan PPSMI perlu diteliti sedalam-dalamnya sebelum dilaksanakan.",katanya.Beliau yang mengambil jurusan Pendidikan amat memahami keadan pelajar terutama di luar bandar.


Bagi Timbalan Setiausaha PERMADAH pula,Siti Salwa ketika dihubungi menyokong pemansuhan ini kerana pada pandangan beliau ia akan memudahkan pelajar luar bandar mengambil aliran sains manakala bahasa Inggeris pula boleh ditingkatkan lagi dengan mengadakan kelas tambahan.Beliau juga merupakan mahasiswa di Akademi Pengajian Melayu berharap bahasa melayu dapat menjadi bahasa ilmu memandangkan selama ini kita hanya bergantung kepada bahasa penjajah.Bila lagi kita akan berdiri di atas kaki sendiri.

0 comments:

Post a Comment