Hari ini...

Posted by iedah

Hari ini gak memenatkan diri ini. Lebih kurang 3 minggu rasanya menjalani kehidupan yang agak sibuk. rasa diri macam agak tak terurus pun ada. hmm..itulah pentingnya pengurusan masa. semester ni agak padat dengan aktiviti. bermula dengan OPKIM kat kuala nerang. disambung pula dengan program Akademi Kepimpinan PERMADAH selama tiga hari. minggu berikutnya Program Diskusi Fiqh Kewanitaan(DIWANI '09). minggu ini lagi banyak. Esok petang ada Kursus Memperkasakan Akidah pula.best ni:)..boleh belajar berdakwah untuk remaja dan non-muslim..agak penting bagi diriku yang bakal menjadi muallimah ni..i-Allah..sabtu ada sukan siswi. Anjuran PMAPIUM, PERMADAH & PMIUM. kn handle bahagian kayak..bestnyer.tp xtaula blh main ke tak.huhu..hari ahad...lagi pack.pagi ada hari keluarga Sarjana Muda Pendidikan Islam kat tasik perdana..tengahari dapat jemputan dari Kelab Fasilitator PMIUM pula.ada jamuan makan kat rumah niversiti. wah..makan lagi.murah rezeki:)..petang pi PEMERI pula.best.jemputannya Ustaz nicholas.mualaf.dulu dia kristian..xpi rasa rugi pula walaupun dapat masuk sesi petang jer...
Ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan segala tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. diri ini terlalu lemah dan kerdil. banyak lagi yang perlu dipelajari.
ya Allah, sesibuk mana pun aku, berikanlah aki kesempatan untuk sentiasa bersujud padamu, memohon keampunan dariMu..

0 comments:

Post a Comment