salam buat semua

Posted by iedah

salam buat semua...
alhamdulillah..sudah tamat semester pengajiannku yang ke 5 ini...cepat sungguh masa berlalu tanpa kita sedari...dalam fikiran masih terngiang-ngiang kenangan ketika di zaman sekolah dahulu. rasa seperti baru semalam ia berlaku..hmm...kenangan yang sudah hampir 5 tahun berlalu pergi...(ayat puitis la pulak:-P)...

dengan berbaki lagi 3 semester ini rasa diri ini masih lagi kekurangan sesuatu..sesuatu untuk dipraktikkan di alam pendidikan kelak..rasa diri ini masih memerlukan masa yang lebih panjang lagi untuk menambah ilmu..menambah pengalaman..namun itu adalah mustahil..masa yang Allah kurniakan ini sudah ditetapkan da tidak mungkin diubah...

acapkali diri ini terfikir...5 semester yang berlalu ini..
apa yang sudah kukecapi?
apa yang sudah kulunasi?
apa yang sudah kulaksanakan?
hmm...terasa diri ini kerdil Ya Allah...

semoga masa yang berbaki ini menjadi masa yang sangat berharga dan berguna untuk diriku..

akhir kata..(xmau ulas panjang2..tengah prepare untuk balik bercuti sebulan;-)...)
selamat bercuti semua..doakan diri ini selamat di perjalanan & untuk semua sahabagt2..
hati2 di jalanan..ingatlah orang tersayang selalu...
wslm....

'posting' guru lewat...

Posted by iedah

Salam Syawal diucapkan..harap masih tidak dianggap lewat lagi walaupun dah memang lewat pun. dah nak habis pun bulan syawal...begitu pantas masa berlalu tanpa kita sedari. hmm... rasanya dah lama blog ni dibiarkan sepi. kesibukan sedang melanda diri ini. begitu banyak tugasan dan tanggungjawab yang lebih aula untuk diutamakan..huhu atau diri ini tak begitu pakar membahagi masa ~ehee..no komen;-)~..ape pun, semoga diriku ini menjadi lebih bijak dalam pengurusan masa and yang penting jadi kuat!....chaiyok!...

saat ini begitu banyak konflik-konflik dalam negara yang berlaku...dengan isu sebatan kartika la...baru2 ni dengan kemenangan oleh pihak UMNO dalam pilihanraya di Bagan Pinang....dan banyak lagi isu-isu lain yang muncul ekoran peristiwa tersebut. tidak kurang juga dengan isu pendidikan yang muncul beberapa minggu yang lepas mengenai kemungkinan penempatan guru akan dibekukan. ops..that's means diri ini pun terlibat sama coz akan berada di dunia pendidikan dalam masa dua tahun akan datang...Insyaallah...ikuti berita mengenai kes ni:







"Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan meminta penjelasan daripada kerajaan berhubung laporan akan berlaku kelewatan penempatan guru-guru lepasan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti program pendidikan.

Laporan mengenai kelewatan tersebut disiarkan dalam blog upsikini.blogspot.com yang memetik Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa sebagai menyatakan demikian.

Beliau dipetik berkata demikian dalam ucapan perasmian simposium halatuju pendidikan fizik di Malaysia, anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UPSI beberapa hari yang lalu.

Prof Dr Zakaria dipetik berkata, punca utamanya adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata kenyataan itu harus diterima semua pihak, terutama pihak pelajar kerana ia "bukan sahaja melibatkan UPSI, malah seluruh institusi yang menawarkan program pendidikan".

Ketika diminta reaksinya, Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata persatuannya berpendirian bahawa pendidikan bukanlah merupakan satu kos tetapi adalah satu pelaburan demi masa depan negara.

"Jangan nafikan hak-hak anak rakyat Malaysia untuk belajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Kita tidak bersetuju bahawa kerana masalah kewangan, guru-guru dan pendidik bakal menerima kesan dan nasib seperti ini," kata Hashim.

Menurutnya, kekurangan kewangan bukan alasan untuk mengetepikan hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan.

"Kita kena cari jalan untuk menyelesaikan masalah. Kerajaan kena fikir jalan yang terbaik untuk mencari duit," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan untuk mengatasi isu yang berbangkit itu.

Menurut Hashim, terdapat kira-kira 380,000 guru di Malaysia dan menegaskan bahawa kekurangan guru adalah "masalah yang berterusan", termasuk guru yang bersara atau sakit.

"Ia mesti digantikan dengan guru-guru baru," katanya. ~malaysiakini

hmm...agak berat juga masalah ni..yalah...hal ni berkaitan dengan sistem pendidikan yang mrupakan aspek yang terrrrrrrrrrrrrsangat penting. sepatutnya masalah ini perlu diatasi dengan bijak kerana ia akan memberi kesan di masa hadapan. pendidikan merupakan pelaburan masa depan. apa akan terjadi sekiranya anak-anak '1 malaysia' ini ~spt yg diwar-warkan selama ini~ seandainya tiada guru yang mengajar mereka???...padahal kalau nak diikutkan masih banyak lagi kekosongan guru di beberapa buah negeri terutamanya di borneo. hope so, kerajaan akan mengatasi masalah ini..

puasa di bulan syawal

Posted by iedah


عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu 'anhu meriwayatkan:

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu diikuti dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

jom kita topup pahala dan tingkatkana amalan yang telah dijanjikan pahala berlipatganda oleh Allah..

salam Aidilfitri

Posted by iedah


salam aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah sekalian...mohon dimaafi segala kesilapan dan kekurangan...
maaf zahir dan batin..
berhati-hati di jalanan..

Ramadhan kareem..

Posted by iedah


Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya

Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........




H1N1 kian serius, galak bertopeng muka, amal 'etika batuk'

Posted by iedah



Wabak influenza A (H1N1) semakin serius sehingga kerajaan mencadangkan pemakaian topeng muka jika berkunjun

g ke tempat sesak, selain mengamalkan "etika batuk" dan menjaga kebersihan diri dan pengudaraan rumah yang baik.

Untuk membendung pandemik ini daripada terus menular dan merumitkan lagi wabak sehingga boleh terjadi kematian, kerajaan juga menggalakkan langkah proaktif "merenggangkan diri daripada orang ramai" seperti mengurangkan perjumpaan.

Serangan wabak influenza A (H1N1) masuk ke tahap baru hari ini dengan wujudnya gejala penularan tempatan yang tidak lagi dapat dikesan puncanya, termasuk di sebuah syarikat di Cyberjaya.

Seramai 12 orang, daripada 24 kes tempatan terbaru, di syarikat swasta itu disahkan diserang wabak, sementara 200 lagi kakitangan di aras yang sama sedang diawasi di pejabat.


"Gejala kejadian bermula antara 4 hingga 8 Julai 2009.

"Punca kejadian kemungkinan berlaku di syarikat berkenaan berdasarkan siasatan mendapati syarikat berkenaan sentiasa menerima pelawat-pelawat dari luar negara," kata menteri kesihatan.

Dalam kenyataan hariannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata 61 kes lagi jangkitan virus wabak selesema itu dikesan, menjadikan jumlah semuanya 574 sejak pertama dikesan Mei lalu.

Sehingga kini jumlah keseluruhan penularan tempatan 159 kes.

Semalam, kementerian mendedahkan perkembangan gejala seakan-akan influenza di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka yang melibatkan 50 orang pelatih dan enam disahkan positif influenza A (H1N1).

"Kesemua 50 pelatih yang yang menunjukkan gejala telah ditempatkan di blok pengasingan dalam kompleks ALAM dan telah diberikan rawatan antivirus, dan kesemuanya dalam keadaan stabil.

"Kesemua pelatih dan anggota ALAM yang tiada gejala telah diletakkan di bawah pengawasan," kenyataan kementerian dipetik.

Liow juga berkata, susulan merebaknya wabak tersebut di syarikat swasta itu dan ALAM, "ini memberi petunjuk awal bahawa terdapat penularan influenza A(H1N1) di dalam komuniti."

"Kementerian Kesihatan perlu membuat persediaan proaktif kepada
perkara ini," kata Liow.

"Jika penularan dalam komuniti ini tidak dikawal dengan baik, penularan akan meluas dengan cepat dan akan melibatkan kes-kes yang banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal, kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian."

Liow menyarankan tiga langkah diambil untuk membendung pandemik di Malaysia:

Merenggangkan diri daripada orang ramai (social distancing) seperti mengurangkan perjumpaan, mengamalkan "etika batuk", kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik.

Aktiviti pencegahan dan kawalan seperti ini di kalangan orang awam berkesan untuk memperlahankan penularan penyakit dalam masyarakat.

Di tempat kerja termasuk institusi dan sekolah, pemantauan kesihatan perlu diperkukuhkan. Mereka yang bersimptom perlu dikenal pasti dan dilaporkan kepada pejabat kesihatan daerah yang terdekat.

Ketidakhadiran ke tempat kerja yang luar biasa juga perlu dipantau dan kaitannya dengan jangkitan influenza.

Kes-kes yang ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan diminta tinggal di rumah.

Mereka diminta untuk mengambil langkah kawalan jangkitan serta melaporkan jika tanda-tanda penyakit bertambah teruk.

Kes-kes yang berisiko tinggi seperti lelah, penyakit respiratori kronik, diabetes mellitus, kegagalan organ, obesiti dan ibu hamil akan dirawat hospital.

Orang ramai juga diminta untuk mengamalkan pemakaian topeng muka jika mengalami gejala influenza, jika mengunjungi ke tempat-tempat yang sesak dan juga jika menghidapi penyakit (co-morbid) dan keadaan yang menyebabkan tahap imuniti yang rendah.

Di pusat-pusat rawatan kesihatan dan perubatan, mereka yang
bersimptom perlu diasingkan daripada pesakit biasa.

Rawatan antivirus diutamakan kepada pesakit yang berisiko serta penggunaan alat perlindungan diri kepada pesakit dan pekerja kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa penyakit ini dan maklumat tepat daripada kementerian melalui laman web www.moh.gov.my dan h1n1.moh.gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian khas influenza A (H1N1) kementerian di 03-88 81 02 00, 03-88 81 03 00, 03-88 83 44 14 dan 03-88 83 44 15 yang beroperasi antara 8 pagi hingga 9 malam setiap hari.

PPSMI akan dimansuhkan 2012..

Posted by iedah

PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.

Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.

Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

Muhyiddin berkata pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.

Selain itu, katanya, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi.

Katanya peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya.

Beliau berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Muhyiddin berkata laporan "Trends in Mathematics and Science Study 2007" turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007.

"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," katanya.

Beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya.

Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T).

-- BERNAMA

PPSMI...

Posted by iedah

Bantahan mahasiswa terhadap PPSMI 7 Mac 2009 lalu




Khamis,9 Julai:Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya(PERMADAH) berharap keputusan kabinet yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyidin Yaasin yang juga Menteri Pelajaran adalah tepat.Menurut Exco Akademik & Intelektual PERMADAH,Mohd Khairul Nizam Bin Md Isa jika keputusan ini berdasarkan kajian yang menyeluruh dan mengambil pandangan pelbagai pihak.

Kita telah mendengar bantahan banyak pihak terutama daripada golongan ahli akademik dan tokoh sasterawan tapi kali ini kita telah diberi bukti dan fakta hasil kajian yang membuktikan kelemahan dasar ini.”. ujarnya lagi yang juga merupakan Mahasiswa tahun dua di Fakulti bahasa & Linguistik.


Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut

Mansuhkan PPSMI


Menurut Tan sri Muhyidin Yaasin bagi mata pelajaran Matematik , kedudukan murid telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.Jurang pencapaian antara murid antara sekolah Bandar dan luar Bandar dalam mata pelajaran sains dan matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris sejak 2003.Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar Bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Manakala Timbalan Exco Akademik & Intekektual PERMADAH,Nurul Husna Mustaffa pula berpandangan dasar PPSMI mungkin mendapat sokongan daripada golongan bandar tetapi ia telah memberi kesan kepada pelajar luar Bandar.

Ramai pelajar luar bandar tak mampu kuasai matematik dan sains.Nak faham istilah sains pun susah dalam bahasa Malaysia apatahlagi dalam bahasa Inggeris.Sebenarnya bahasa Inggeris yang perlu dibaiki sistemnya supaya boleh dikuasai bukan subjek lain jadi mangsa.Perancangan teliti perlu dibuat supaya pelajar tidak dijadikan ujikaji.Sekarang pelajar yang tak faham sains dan matematik siapa nak bertanggungjawab!?”,ujarnya lagi.


Para Sasterawan Dan Ahli Akademik Negara turut membantah



Bagi Timbalan Pengerusi Kelab Fasilitator PERMADAH,saudari Faridah Bt. Isa menyatakan pendirian berikut.

"Saya menyokong sepenuhnya keputusan yang dibuat.Memang ini yang sepatutnya berlaku.Jika melihat dari aspek pendidikan,apa yang saya pelajari dalam menilai dan mengukur penguasaan ilmu,kita tidak boleh mengukur dua aspek dalam satu masa,bukan bahasa yang kita ukur tapi penguasan pelajar terhadap ilmu itu sendiri.Kita tidak seharusnya mengabaikan bahasa ibunda.Sesungguhnya perlaksanaan PPSMI perlu diteliti sedalam-dalamnya sebelum dilaksanakan.",katanya.Beliau yang mengambil jurusan Pendidikan amat memahami keadan pelajar terutama di luar bandar.


Bagi Timbalan Setiausaha PERMADAH pula,Siti Salwa ketika dihubungi menyokong pemansuhan ini kerana pada pandangan beliau ia akan memudahkan pelajar luar bandar mengambil aliran sains manakala bahasa Inggeris pula boleh ditingkatkan lagi dengan mengadakan kelas tambahan.Beliau juga merupakan mahasiswa di Akademi Pengajian Melayu berharap bahasa melayu dapat menjadi bahasa ilmu memandangkan selama ini kita hanya bergantung kepada bahasa penjajah.Bila lagi kita akan berdiri di atas kaki sendiri.

minggu terakhir di oman...

Posted by iedah

qol'ah rustaq- kubu pertahanan pada masa dahulu



atas bumbung...



wirawati malaysia bersiap sedia dengan riangnya untuk berperang..;-)


kat wadi bani ghafar

-kak wan n zati cibuk tangkap ikan;-)

subhanallah..jernihnya air..ikan2 berenang dengan riangnya


dalam pejabat dr sajeedah

bersama dr.sajeedah..semua hepi dapat file baru;-)

bersama dr.Humud dalam kuliah terakhirnya.


Sabtu (13 Jun 09)

4.30 a.m : bangun dan solat subuh berjemaah.

7.00 a.m : sarapan pagi

8.00 am : kuliah kitabah

10.00 a.m : kuliah tahaddus

11.00 a.m : kuliah qira'ah

1.00 p.m : - makan tengahari

- solat zuhur dan rehat

5.00 p.m : kuiz bersama dr yusof.

9.00 p.m : makan malam.

11.30 p.m : tidur


Ahad (14 Jun 09)

4.30 a.m : bangun dan solat subuh berjemaah.

7.00 a.m : sarapan pagi

8.00 am : kuliah kitabah

10.00 a.m : kuliah tahaddus

11.00 a.m : kuliah qira'ah

1.00 p.m : - makan tengahari

- solat zuhur dan rehat

5.00 p.m : munaqasyah bersama Dr.sajeedah

8.30 p.m : makan malam

11.30 p.m : tidur


Isnin (15 Jun 09)

4.30 a.m : bangun dan solat subuh berjemaah.

7.00 a.m : sarapan pagi

8.00 am : kuliah istima' oleh ustaz mahmud

11.00 a.m : kuliah tahaddus oleh ustaz yusuf

1.00 p.m : - makan tengahari

- solat zuhur dan rehat

5.00 p.m : kuliah istima'

7.30 p.m : kuliah kitabah

9.00 p.m : makan malam.

11.30 p.m : tidur


Selasa (16 Jun 09)

4.30 a.m : bangun dan solat subuh berjemaah.

7.30 a.m : sarapan pagi

8.00 am : kuliah kitabah

11.00 a.m : kuliah qiraah

1.00 p.m : - makan tengahari

- solat zuhur dan rehat

4.30 p.m : ke wadi bani zofar.

- ke Qol'ah Rustaq.

9.00 p.m : makan malam.

11.30 p.m : tidur


Rabu ( 17 Jun 09)

4.30 a.m : bangun dan solat subuh

7.30 a.m : sarapan pagi

8.00 am : kuliah kitabah

9.00 a.m : ujian qiraah, tahaddus n kitabah..

12.30 p.m : - makan tengahari

- solat zuhur dan rehat

9.00 p.m : makan malam.

11.30 p.m : tidur


Khamis ( 18 Jun 09)

4.30 a.m : bangun dan solat subuh

7.30 a.m : sarapan pagi

8.00 am : ke Sohar

- lawat kilang kaca

- lawat kilang seramik

- makan tengahari

- ke Markaz Sohar At-Tarfihi

12.30 p.m : sampai di rustaq-rehat

Jumaat ( 19 Jun 09)

4.30 a.m : bangun dan solat subuh

9.00 a.m : sarapan pagi

2.00 p.m : ke rumah ustazah mahfuzoh

- ke Suq Matrah-shopping sebelum pulang ke malaysia

- makan malam.

12.30 p.m : sampai di rustaq-rehat


Sabtu (20 jun 09)

4.30 a.m : bangun dan solat subuh

7.30 a.m : sarapan pagi

8.00 a.m : lawt kilang buat halwa Omaniyyi.

11.00 a.m : majlis penyampaian sijil dan hadiah oleh dekan kolej Rustaq

2.00 p.m : berangkat ke lapangan terbang Muscat.

6.00 p.m : berlepas ke Malaysia

7.30 p.m : sampai di lapangan terbang bahrain

9.00 p.m ( waktu bahrain 8.00 p.m) : bertolak ke Malaysia.


21 jun 09

9.20 a.m( waktu Malaysia) : sampai di KLIA malaysia - alhamdulillah..


di oman

Posted by iedah

pohon rutob (tamar)
bersama dr sajeedah

bersama dr mahmud dan anaknya hayah..



Rehlah khorijiah...

Posted by iedah

depan perpustakaan SQU
perpustakaan universiti sultan qaboos




bersama puan mona- wakil dari universiti sultan qaboos



sesi soal jawab- kanan sekali, dekan fakulti rustaq
dalam perpustakaan








suasana ekspo beli belah di sur












wajah-wajah ceria di pantai Ras al-Jinz..tempat penyu bertelur.



















ustazah fatimah dan ustazah mahfuzah -musyrifah kami;)



di muzium







bersama naeema..




kapal fathul khair..kapal yang digunakan untuk berdagang ke seluruh dunia pada masa dahulu












pusat teknologi& komunikasi negara Oman











bersama ameera









pemandangan di luar gua hootah















masjid sultan Qaboos




dalam library masjid sultan Qaboos





pemandangan di pantai