gambar2 di Rustaq, oman- minggu pertama

Posted by iedah


dengar ceramah 'aa idh qarni-penulis buku la Tahzan

inilah dhob..



dalam muzium



pelabuhan sultan qaboos



makanan tengahari..yum yum..sedap dan banyak..huhu





suq matrah
shopping di suq matrah
munzahat qalbi- taman di tepi pantai untuk bersiar-siar



muzium


depan istana


depan istana sultan qaboos



di masjid





fil maktabah




perjumpaan bersama wakil menteri pengajian tinggi..












fil fasli..




laziz jiddan walakin kasir...






bersama pelakon 'hattomta zujajah'-pelajar




di kedai yg jual abaa ah, pakaian wanita oman--cantik tp mahal..huhu









ain kasfah-sentiasa panas sepanjang masa


aliran ain kasfah

makanan tengahari


Aktiviti di Rustaq, Oman minggu pertama

Posted by iedah



Sabtu ( 23/05/2009)

8.00 a.m :- berkumpul di lapangan terbang KLIA
- mendengar taklimat dan pesanan oleh Pengarah APIUM, Dr.Hidayat Buang dan ustaz Fakhrudin

11.00 a.m : naik kereta api KLIA Ekpres ke tempat berlepas.
11.30 a.m : naik kapal terbang
11.45 a.m : berlepas ke Bahrain.

7.45 p.m( jam 2.00 p.m di Bahrain).
: -sampai di lapangan terbang Bahrain
- rehat dan menunggu untuk berlepas ke Muscat pada jam 7.30 malam

7.30 p.m (waktu bahrain) : bertolak ke Muscat.
9.30 p.m : - sampai di Muscat ( waktu di Muscat 10.30 p.m)
- disambut oleh Wakil Kedutaan Malaysia dan pihak universiti.

12.00p.m :- sampai di Kuliah Al-'Ulum At-tatbiqiah di Rustaq, Oman. (كلية العلوم التطبيقية بالرستاق)
-tidur
taklimat oleh dr.hidayat buang dan ustaz fakhrudin sebelum berlepas ke oman


pemandangan negara Abu Dhabi

dalam kapal terbang
sebelum berlepas ke oman di lapangan terbang bahrain
di lapangan terbang bahrain
di bahrain tengah tunggu nak transit ke oman

Ahad (24/05/2009)

4.00 a.m : bangun dan solat subuh
6.30 a.m : sarapan pagi dengan Naimah (Pelajar Pengkhususan Bahasa Arab) dan Amirah (pelajar pengkhususan Bahasa Inggeris)
7.30 a.m : jalan-jalan di sekitar fakulti.
8.00 a.m : perjumpaan bersama Dekan fakulti dan Ustaz Hasan Basri (wakil APIUM)
11.00 a.m : bertolak ke Kementerian Pelajaran Tinggi Oman
1.00 p.m : sampai di Kementerian Pelajaran Tinggi Oman
- perjumpaan bersama wakil menteri pelajaran tingi oman.

2.00 p.m : bertolak pulang ke rustaq
- singgah di restoren al-Mandi untuk makan tengahari.

3.30 p.m : bertolak pulang.
- singgah solat di masjid.

5.30 p.m : sampai di asrama di rustaq.

8.00 p.m : ke pasaraya Al-Kauthar untuk membeli barang keperluan.
9.00 p.m : - balik ke asrama.
- makan capati bersama ayam, kentang goreng.

Isnin 25/05/2009)
4.00 a.m : solat subuh
7.00 a.m : sarapan pagi dengan capati, keju, keropok ubi kentang, kek dan buah kurma, jus.
8.00 a.m : menjalani ujian tahap penguasaan bahasa Arab- suhu pada hari ini lebih kurang 42 ºC.

9.00 a.m : mendengar pesanan terakhir dr. Hasan basri.

10.00 a.m : kuliah tahaddus bersama Dr.Yusof
11.00 a.m : kuliah istima' bersama Dr. Mahmud.
12.45 p.m : makan tengahari (nasi beriani-ikan/daging/ayam, puding, jus)
1.30 p.m :-solat zohor
- rehat

5.00 p.m : akiviti bebas - menonton kartun Arab.

7.00 p.m : solat maghrib
9.00 p.m :- makan malam
- rehat
- berbual bersama Maha, hanan dan rakan2nya tentang Malaysia.
12.00 a.m : tidur


Selasa (26/05/2009)

4.30 a.m : bangun dan solat subuh berjemaah.
7.00 a.m : sarapan pagi dengan capati, masak cabai telur, zaitun dan kacang merah.

8.00 am : kuliah istima' oleh ustaz mahmud
10.00 a.m : kuliah tahaddus oleh ustaz yusuf
11.00 a.m : perjumpaan bersama Dr.Hasan-pesanan beliau-minum air banyak2, jangan terlalu gembira, ingat Allah selalu- suhu pada hari ini 44 ºC.

11.15 am : kuliah istima' oleh ustaz mahmud
12.00 p.m : kuliah tahaddus oleh ustaz yusuf

1.00 p.m : - makan tengahari dengan nasi-ikan/ayam, sate ayam dan daging.
- solat zuhur dan rehat

5.00p.m : - lawat ain kasfah- air mata air panas
- singgah di kedai untuk membeli 'abaa ah'- jubah hitam yang dipakai oleh wanita Oman-tapi x beli pun sebab mahal-10 riyal sehelai(RM100)

7.00 p.m : pulang ke asrama.
- solat maghrib
8.00 p.m :- ke dewan Rustaq untuk melihat latihan drama oleh pelajar2 di sini
- persembahan lakonan pendek yang sangat melucukan.
- nyanyian lagu negara Oman dan lagu Negaraku..

9.00 p.m : solat Isyak
- makan malam dengan ayam goreng, kentang dan piza ( macam KFC)
- main dalam gim.
11.30 p.m : tidur

Rabu (27 mei 09)

4.30 a.m : bangun dan solat subuh berjemaah.
7.00 a.m : sarapan pagi
8.00 am : kuliah tahaddus oleh ustaz yusuf
10.00 a.m : kuliah qiraah oleh ustaz humud
11.00 a.m : kuliah istima' oleh ustaz mahmud

1.00 p.m : - makan tengahari dengan nasi-ikan/ayam, sate ayam dan daging.
- solat zuhur dan rehat
7.00 p.m : - solat maghrib
- dengar ceramah oleh 'Aid Qarni- penulis buku la tahzan
- ceramah tentang bahasa Arab dalam berdakwah-kata-katanya sangat indah dan jelas.

11.30 p.m : tidur

Khamis (28 mei 09)

4.30 a.m : bangun dan solat subuh berjemaah.
7.30 a.m : sarapan pagi
8.15 am : bertolak ke Muscat- rehlah.
- lawat muzium senjata & haiwan
- ke bait zubair- muzium tentang kebudayaan orang Oman serta barang-barang kesultanan Oman.
- melalui pelabuhan sultan Qaboos.
- lawat istana sultan qaboos
- shopping di Suq Matrah- pasar terbesar- lebih besar dari masjid jamek
- ambil angin di Muntazah Qalbu- tepi pantai.
10.00 pm : bertolak pulang
11.00 p.m : tidur

jumaat 29/05/09)

- rehat-

5.30 p.m : tonton latihan persembahan 'hattamta zujajah' oleh pelajar.

Kursus Bahasa Arab di Oman <23 Mei-20 Jun>

Posted by iedah

Insyaallah..pagi esok jam 11 pagi, diriku bersama 14 rakan lain akan berlepas ke Oman..kami akan berada di sana selama sebulan..semoga kami selamat pergi dan balik dan dipermudahkan urusan di sana..ameen..

SELAMAT HARI GURU...

Posted by iedah

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi seorang yang bergelar guru.. tahun ini diriku tidak bergelar guru seperti mana 2 tahun berturut-turut yang lepas. Walaupun hanya menjadi guru ganti sahaja semasa cuti semester, namun ia memberi begitu banyak pengalaman sebagai persediaan untuk menempuh dunia pendidikan yang sebenar 2 tahun lagi..

Pertama kali menjadi guru ganti di sebuah sekolah yang terletak di kawasan yang agak pedalaman di daerah Baling, Sekolah Kebangsaan Ulu Bakai. Ketika itu baru sahaja menghabiskan masa cuti selama seminggu setelah menamatkan pengajian di peringkat asasi di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri. Kebetulan abang iparku mengajar di sekolah tersebut memudahkan urusanku untuk menjadi guru ganti kepada seorang ustazah yang cuti bersalin. Kebetulan pada ketika itu, tiada lagi guru yang dapat menjadi pengganti dan alhamdulillah sudah menjadi rezekiku tahun itu. Hari kedua menjadi guru ganti di situ merupakan hari guru. Sambutan hari guru agak meriah juga di sekolah tersebut. pelbagai acara menarik oleh para pelajar seperti pentomen, sajak dan nyanyian. Acaranya seterusnya adalah sukaneka oleh para guru. Mau xmau terpaksa juga la main. Kedengaran sorakan yang bersemangat sekali oleh murid-murid ketika para guru sedang bermain. Memang meriah sungguhJ. Last sekali..memang menjadi acara yang wajiblah bagi para pelajar setiap tahun iaitu penyampaian hadiah kepada guru-guru..ketika itu, berduyun-duyunlah pelajar mencari guru-gurunya untuk diberi hadiah. Penuh jugalah beg plastik besar dengan hadiah-hadiah yang kuterima hari itu. Satu persatu kubuka hadiah-hadiah tersebut di depan mak, adik dan abangku yang juga seorang pendidik. Hadiah-hadiah tersebut tidaklah begitu mahal. Ada yang bagi bekas sabun, buku tulis, bunga, pen, cenderahati dan juga kad-kad ucapan selamat hari guru. Mahal atau tidak hadiah-hadiah tersebut, bukanlah ukuran. Yang penting mereka ikhlas memberi. Padahal sebenarnya bukan itu yang dipinta oleh semua guru. Sebagai guru yang juga pernah menjadi seorang pelajar, faham akan situasi kehidupan sebagai seorang pelajar itu sendiri. Mereka bukanlah dari kalangan yang berkemampuan. Bukanlah dari kalangan orang yang menerima gaji, mereka hanyalah menerima 'wang saku' daripada ibu bapa. Cukuplah sekadar kejayaan menjadi insan yang berkahlak dan berjaya di dunia dan ahirat menjadi hadiah yang paling mahal buat seorang guru. Cukuplah sekadar pelajar itu masih mengingati akan gurunya walaupun berada jauh di puncak menara gading.



Tahun berikutnya..setelah tamat sahaja peperiksaan bagi semester kedua, aku menerima panggilan daripada abangku yang yang bertanyakan samada nak tak jadi guru ganti di tempat dia mengajar di KAFA Integrasi As-Solihin di Sg.Buloh. setelah berbincang ngn mak, mak mencadangkan agar aku menerimanya kerana pengalaman itu penting. Carilah pengalaman sebanyak mungkin sementara ada peluang ni. So, jadilah diri ini seorang 'ustazah' lagi pada tahun 2008 tersebut. Maka pada cuti tersebut. Tidak dapatlah nak menghabiskan cuti di kampung.huhu... Mengajar di KAFA ini agak berbeza dengan sekolah yang lalu kerana ia di bawah seliaan kerajaan negeri Selangor, bukan di bawah kerajaan. Waktu mengajar pula hanyalah pada sesi petang Cuma sekali sekala kena datang pagi bagi menggantikan abangku. Para pelajarnya majoriti lebih aktif dan ramah berbanding sekolah dahulu. Mungkin kerana mereka ini tinggal di kawasan bandar. Semasa berada di depan, menjalankn tugas sebagai pendidik, sesekali terbayang saat diriku berada di atas kerusi kayu bersama meja yang juga kayu di kala petang hari yang sangat panas berhawakan kipas yang kian hari makin lemah pusingannya 10 -13 tahun yang lalu. Berada di depan ini buatku teringatkan pengalaman lalu sebagi seorang pelajar. Memang agak melucukanJ. Melihat setiap telatah dan gelagat pelajar di depanku itu, mengingatkan setiap telatah dan perangaiku semasa di bangku sekolah dahulu..hehe..namun, semua itu sudah berlalu dan hanya menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

Sambutan hari guru di situ juga agak meriah yang mana di sambut pada sebelah petang. Semua pelajar sesi pagi perlu menghadiri pada waktu petang kerana pada sebelah paginya diadakan sambutan hari guru di sekolah kebangsaan. Pelbagai persembahan diadakan oleh para pelajar dan guru seperti nasyid dan pentomen, jual beli pantun oleh guru dan pelajar seterusnya sukaneka..hmm..main lagi. Tapi sukaneka tersebut melibatkan pelajar dan guru yang mana peserta diwakili oleh seorang guru dan pelajar. Acara seterusnya macam biasalah penyampaian hadiah oleh para pelajar. Berduyun-duyunlah pelajar mencari guru kesayangan mereka untuk diberikan hadiah sempena hari guru. Bagi yang agak berkemampuan ckt, disediakannya hadiah untuk semua ustaz dan ustazah di situ.

sukaneka masa hari guru

pelajar tahun 6

Sebut pasal bagi hadiah ni, teringat kenanganku waktu di bangku sekolah menengah beberapa tahun yang lalu. Tatkala tiba sahaja hari guru, maka sibuklah kelasku membincangkan hadiah apa yang patut diberi kepada guru-guru. Nak bagi guru yang mengajar kelasku saja pun, nanti kecik pula hati guru-guru lain. So, bermesyuaratlah kami semua membincangkan hadiah apa yang patut dibeli. Tugas membeli hadiah diserahkan kepada pelajar berulang yang tak ada orang lain melainkan diriku dan adilah serta 2 3 orang rakan lain sahaja yang menjadi mangsanya;-). Kami sahaja yang mudah keluar ke kedai pun. So, pada petangnya, 2 hari sebelum tibanya hari guru, km pun memulakan operasi mencari hadiah yang sesuai berpadanan dengan jumlah wang yang dikutip. Setelah menilai dan memilih, km pun belila sabun mandi n sapu tangan.hehe..nak buat mcmna. Xde duit lagi time tu. Baru tingkatan3. hanya itu yang termampu untuk dibeli untuk semua guru-guru Sekolah Menegah Agama (Arab) Yayasan Al-khairiah tercinta. Tiba hari yang dinanti. Setelah selesai acara sambutan hari guru pada hari tu, berkeliaranlah kmi mencari guru-guru untuk diberikan hadiah. Memang rasa puas hati sangat dapat bagi hadiah 'yang wangi' tu pada semua guru di samping dapat menghadiahkan ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan selama ini. TERIMA KASIH USTAZ, USTAZAH, CIKGU-CIKGU!!..JASA KALIAN TAK KAN KULUPAKAN SEPANJANG HAYATKU.. tahun ini hajat di hati mahu juga ke sekolah berjumpa dengan guru-guru. Tapi tak kesampaian kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Hanya ucapan dalam hati sahaja mampu ku berikan buat semua guru2 yang telah mengajarku dan mencurahkan bakti mereka dalam mendidikku selama ini. Semoga hidup kalian diberkati dan dirahmati selalu..InsyaAllah...

Ketika waktu mengajarku di KAFA sudah hampir ke penghujungnya kerana cuti semester sudah hampir tamat, para pelajar sudah sibuk bertanya..'usatazah mengajar sini sampai bila?'..'ustazah..jangan la berhenti'...'ala...kami dapat mak baru lagi la nanti'..'asyik bertukar guru je km ni'..itulah ayat sedih yang keluar dari bibir-bibir mereka..huhu..sedihnya. memang kelas 4 Tawakal begitu sadis sekali;-). Mana taknya..xpenah dapat guru yang tetap. Diriku merupakan guru yang ketiga yang bakal berhenti mengajar mereka..kesian..tapi nak buat cmna. Mungkin lepas ni dapat la tu guru yang tetap. Itulah doaku dalam hati. Alhamdulillah kini memang mereka sudah mendapat ibu yang baru dan harapnya memang tetaplah.. kepada bekas anak-anak didikku..semoga kalian berjaya dalam menuntut ilmu. Sesungguhnya perjalanan kalian masih jauh lagi. Jangan putus asa dalam menghadapi hidup ini. Terima kasih atas segala kesetiaan kalian mendengar leteran dan ajaranku. Dan terima kasih yang tidak terhingga atas hadiah dan sambutan hari terkahir serta hari lahirku yang dirancang tanpa pengetahuanku. Terima kasih atas segala-galanya. Sesungguhnya kenagan bersama kalian tidak kulupakan..Iallah...


LAGU TEMA SAMBUTAN HARI GURU pada tahun ini:


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tamb
i

kelahiranku...

Posted by iedah

Alhamdulillah..kesyukuran yang mampu ku rafa'kan kepada Tuhan Yang Maha Esa atas limpah rahmat dan kasihnya yang telah menghidupkanku selama 22 tahun ini..hari ini, tanggal 13 Mei..genap umurku 22 tahun hidup di muka bumi Allah ini. Terima kasih sahabat2 ku yang mengingati tarikh kelahiran diri ini..hanya ucapan keramat inilah yang mampu dilafazkan..tepat jam 12 malam maka berduyun2lah mesej masuk ke inbox henfon. Kepada sahabat yang terawal hantar wish, tahniah diucapkan. Dari 12hb lagi dah ada yang wish..terima kasih tak terhingga diucapkan..ini menunjukkan kalian memang menghargai diri ini..TERIMA KASIH lagi sekali..:-)..

Mesej dari sahabat2 setia:
1) from Adilah…>>sepupu yag setia;-)<<
(>-<)
(. "o) awak bz ke?
( *"(,,)
(.(.J

(>"<) Xpe kita
( o",) duduk
(")(")(,) sini jE...
Just nak wish eppy best'day !!:-)

2) from naz.. tak terasa bils dia pergi, tapi sayu bila dia x kembali, mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada mmiliki x mghargai.., dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan...kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan, kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan..thank you Allah 4 the gift of....IMAN! Semoga hidup n mati kita dalam iman..Amiin..
Just nak ucap..SLMT HARI GURU N HAPPY BIRTHDAY..;-)

3) from Fairul
(>""<)
(._.) aloo
>")("<>
Just nak ucap : apie besday yg ke-22thn!
Moga succes sokmo deh!
(>""<)
(._.) k.bye, gud nite
(,)..(,)

4) from zahidah..ex-roomate
*;%*;%'*
*;*;%/*%*
)i( sesegar
( ) bunga Untuk dirimu yang jauh..
Dengan memori kemesraan & doa semoga hari esok akan lebih ceria & bahagia..
hepi bezday ke 22.
Moga panjang umur n murah rezeki. Smile always..:-)

5) from mar..
Assalamualaikum… Ada orang tak? Nasib baik ada, ada hadiah ni…
()"""() .@
( 'o') ,@@@
=(,,)=(")<-@@@
(""),,,("") "@@
"Selamat ari lahir yang ke-22" Dah sebaye kte ni ye?:-)

6) from naimah
Salam..slmt hari lahir ke22. bertambah umur setahun lagi.em..bunga tu utk hg;-) moga pjg umru murah rezeki, bahagia dunia akhirat..frnship 4ever.

7) from shida..>>sepupu yg setia<<
"Perkara yg paling aku kesali dlm sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah.."-ibnu mas'ud r.a- Renungilah..sanah helwah ya ukhti..kullu 'am wa anti bikhoir. Allahu yubarikfik:-)

8) from kamaliah..
Hepi b'dy…fi amaanillah..

9) from k.dayah>>my sister yg banyak berjasa;-p<<
Anak kelawar main dalam gua, Main wau dengan mak tua, Mak tua datang dr muar, Bwk bersama dgn takua, Blh buat msk kari takua, Pastu anak klwar pun kata..selamat hari tua..hehe..

10) from Presiden PERMADAH 09/10 Salam, selamat hari lahir yg ke 22.. semoga panjang umur n murah rezeki",)

11) from k.dalila >>Mantan S/U PERMADAH 08/09<<
Salam..epi birthday..wish u all da best in ur life..

12) from S/U PERMADAH 09/10
Salam…Selamat hari lahir..;-)..smoga dmurahkan rezeki…

13) from Farihah..
Salam..happy birthday..moga pnjg umuq n dmurahkan rezeki..

14) selamat hari lahir...moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki...dipermudahkan segala urusan, moga ceria n hepi sllu...
moga diperkuatkan iman n mujahadah jua...from kakdila

15) from mr.pres;)
epi birthday...........

moga pnjang umur n murah rezki
dikurniakan suami dan anak yg soleh....
dikurniakan kejayaan yg berterusan...
dikurniakan ilmu yg mntap..

16) salam..ucapan selamat hari lahir
daripada YDP PMAPIUM (M.Nazim Hayazi) NYDP (Musyaiyadah Ahmadun) n barisan MT..
semoga hayat dilimpahi barakah..tgktkan amal, islahkan diri..slmt b'cuti:-)

17) sometimes i forget to say "kaifa haluki?". sometimes i even miss to say " salam" but that doesn't mean u r forgotten, coz u r a person "daiman fi qolbi" ;-)..(HAPPY BESDAY:-D)..>>k.masyitah>>


Mengenang kembali sambutan hari lahir yang ke 21 tahun lepas, agak meriah juga..time tu kebetulan hari pertama start menjalankan tugas sebagai guru ganti di KAFA Integrasi As-Solohin, Sg.Buloh. Kakakku yang begitu berjasa itu;-p..telah membelikan kek dan menyambutnya di pejabat sekolah..thanks sis..tapi bukan setakat itu sahaja sambutannya..murid-muridku juga menyambutnya sekali lagi ketika hari terakhir aku mengajar di situ..alahai..terharunya rasa hati ini..tanpa dirancang pun jamuan tu..pandai betul budak-budak ni..siap belikan kek dan membawa makanan dari rumah masing-masing. Memang bab jamuan blh bagi 10 bintangla kat budak-budak ni.. Padahal 2 hari sebelumnya sudah pun dibuat jamuan perpisahan yang mereka merancang tanpa pengetahuanku..macam2 betul budak2 kelas 4 Tawakal ni..sedih juga nak meninggalkan mereka..tapi apa boleh buat cuti semester sudah tamat dan aku perlu kembali ke kolej untuk mendaftar.huhu..sedihnyer..


telatah anak muridku di depan kamera..blh tahan jgk diorang ni yer;)

kek yg budak2 tu belikan..sedapnye..yum yum.

kek ni my sis yg belikan..

sambut dalam pejabat jer..

Mengingati diri ini yang telah 22 tahun diberi nikmat udara untuk bernafas..nikmat rezeki yang tidak putus-putus..nikmat kesihatan yang membolehkan diri ini bebas ke mana-mana..nikmat kasih sayang daripada keluarga, teman-teman, sahabat-sahabat…merasakan begitu bersyukur sangat-sangat. Namun diri ini jug merasakan begitu kerdil dan hina sangat di sisiMu Ya Allah..begitu banyak amanahmu, begitu banyak kewajipan terhadapMu yang masih belum sempurna terlaksana. Masih banyak kelompangan-kelompangan yang wujud dalam diri ini yang telah pun diberi peluang hidup selama 22 tahun, yang telah diberi peluang membesar dalam biah agamaMu yang suci.. semoga Allah memberi lagi peluang untukku perbaiki diri ini..mengislahkan diri ke arah yang lebih baik..menjadi insan yang bertaqwa dan beriman..


Empat Isu Semasa : Ulasan Ringkas

Posted by iedah

Terdapat beberapa isu semasa yang saya tidak sempat untuk memberikan respon, walaupun agak ramai yang meminta ulasan. Isu-isu semasa yang berkait dengan Islam seperti keputusan kabinet untuk membiarkan anak kekal dalam agama masing-masing walau selepas ibu bapanya memeluk Islam, penggunaan nama Allah bagi penganut Kristian, orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran dan isu bahasa Melayu untuk pengajarn sains dan matematik.

Bagi tidak menghampakan mereka yang bertanya dan menjelaskan pandangan saya, tulisan ini dibuat, namun disebabkan oleh kekangan masa dan memandangkan agak ramai ilmuan Islam telah menulis berkenaan hal ini, saya tidak akan menghurai panjang lebar beserta dalil, cukup sekadar menjelaskan pandangan saya sebagai menjawab soalan ringkas dari mereka yang bertanya.

PERTAMA : ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AL-QURAN

Isu ini timbul dari kempen ceramah politik pakatan rakyat di pilihanraya Kecil Bukit Gantang, terdapat dua kelompok masyarakat Islam ketika mengamati peristiwa ini. Pertama : Yang tidak bersetuju serta menganggap ia sebagai penghinaan khususnya disebabkan kesilapan sebutannya dan nama surah. Kedua : yang tidak melihat sebagai satu kesalahan malah menganggapnya sebagai satu kelebihan buat Islam.

Setelah mendengar sendiri ucapan Yang Berhormat yang berkenaan di youtube, dan setelah meneliti hujjah kedua-dua kelompok, saya secara peribadi dan atas dasar ilmiah, tidak nampak sebarang masalah yang besar atau yang boleh dihebohkan.

Ia adalah kerana :-

1) Banyak dalil jelas menunjukkan bukan Islam turut membaca sama ada secara tertutup atau terbuka ayat-ayat al-quran di zaman Nabi sa.w. Malah ayat-ayat al-Quran digelar mu'jizat (sesuatu yang mencarik adat dan luar biasa serta melemahkan musuh), apabila ayat-ayatnya diteliti oleh ahli sastera kafir quraisy, tatkala itulah baru mereka mendapati Al-Quran adalah sebuah kalam Allah dan bukan hasil pemikiran manusia.

2) Nabi s.a.w turut menghantar surat yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran kepada pemimpin bukan Islam di zamannya. Tentunya ia dibaca dan sememangnya untuk diwarwarkan.

3) Ayat Al-Quran juga turut dibaca oleh Umar al-Khattab semasa beliau belum Islam. Akhirnya menjadikannya Islam.

4) Ayat yang dibaca bukan dalam intonasi dan situasi menghina tetapi adalah untuk menegaskan intipati keperluan kepada kesaksamaan dan keadilan dalam kehidupan. Benar, ia adalah satu penghormatan dan bukan penghinaan.

5) Kesalahan sebutan dan nama surah, adalah dimaafkan bagi mereka yang dalam pembelajaran, apatah lagi orang bukan Islam. Terlalu ramai umat Islam yang masih gagal membaca al-Quran dengan betul malah ramai juga yang langsung tidak mampu membacanya. Tun Dr Mahathir turut pernah menyebut nama surah dengan sebutan yang salah, ketika menyampaikan ceramah umum beliau di Nilam Puri pada tahun 1993, semasa beliau menghentam PAS yang ingin memperkenalkan hudud. Saya berada di sana ketika itu, namun tiada rakaman yang boleh dikongsikan.

KEDUA : PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelabagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membenarkan penganut kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat dari hujah kumpulan yang menolak.Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada penegrtian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi Bible yang wujud hari ini bukannya injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU PENGHARAMAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan.

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah digunakan oleh pihak Kristian.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini. Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Ye di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat.

Terutamanya apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu. Kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang dirasakan akan mempermainkan dan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, eloklah ia dilarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun dari sudut mudarat, ia wajar dilarang sama ada dalam tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu bagi menhindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang lemah.

KETIGA : ANAK KEKAL DALAM AGAMA ASAL

Berlaku lagi isu yang dianggap sensitif berkait isu agama, sebagaimana kes jenazah individu yang dipertikai sama ada telah menganuti Islam atau tidak semasa hayatnya.

Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.

Pelbagai artikel ditulis dalam hal ini, saya tidak berhasrat untuk mengulang-ulang apa yang telah ditulis. Fatwa dari empat mazhab turut disertakan. Secara ringkasnya, majoriti mazhab berpandangan anak akan menjadi Islam secara automatik sama ada ayah atau ibunya menganuti Islam. Manakala mazhab Maliki pula hanya meletakkan kemasukkan Islam secara automatik itu hanya berlaku jika si ayah yang menganuti Islam. Justeru itu, menurut pandangan keempat-empat mazhab, kes yang berlaku di Malaysia ini, anak turut automatik menjadi Islam.

Bagi yang berminat membaca lanjut boleh merujuk di link berikut .

PKPIM juga ada mengeluarkan kenyataan yang baik, disamping menyertakan beberapa kes lama yang boleh dijadikan panduan dalam menetapkan sikap terhadap kes terbaru ini, iaitu :-

"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

"Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga.

"Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,"

Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara autoamtik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya tuurt serta menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.

Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan,

Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah mereka mampu memberi respond dan jawapan. Wallahu'alam.

KEEMPAT : ISU PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS BAGI MENGAJARKAN MATEMATIK DAN SAINS

Ini juga isu hangat yang ditanyakan kepada saya, namun saya tidak mampu memberikan banyak idea berkenaan isu ini khususnya kerana ia adalah satu isu yang lebih dominan berkaitan keputusan politik dalam sesebuah negara.

Apa sahaja yang diputuskan oleh pihak kerajaan sememangnya perlu berdasarkan hasil kajian terperinci teori dan praktikal, kesan dan target, perbincangan peringkat atasan, ahli akademik, guru, murid, ibu bapa dan ahli politk. Hanya selepas ini semua dilalui, barulah pihak kerajaan patut memutuskan keputusan. Bagi saya, itu cara terbaik jika sesebuah kerajaan menghormati minda dan idea rakyatnya. Malah setiap keputusan yang diambil pula tidak semestinya tidak boleh dibuah, boleh sahaja dicuba beberapa tahun dan dilihat kesan buruk dan baiknya, kemudian ia terbuka kepada pindaan dan perubahan. Yang menjadi maslaah hari ini, kerajaan mungkin malu untuk membuat penilaian dan pindaan kerana bimbang akan dituduh sebagai flip flop dan yang sepertinya.

Perlu diingat, tekanan politik yang menghentam sehingga terlebih had, sehingga bertindak dan tidak bertindak, kedua-duanya akan dihentam, bakal membawa kerugian kepada banyak pihak. Ada kalanya terdapat individu yang ingin melakukan perubahan kebaikan, tetapi membatalkannya kerana tidak mahu dihina dan dimalukan akibat dituduh flip flop selain dianggap tidak cekap dalam membuat keputusan politik. Padahal, keputusan untuk sesebuah negara bukan mudah, malah dengan kajian sekalipun, ia mungkin sahaja tersilap atau berubah berdasarkan keperluan dan zaman.

Malah para ulama sendiri pun banyak yang terpaksa mengubah fatwa dan pendirian apabila mendapat info baru. Seperti Imam As-Syafie yang mengubah beberapa fatwanya ketika berada di Mesir. Adakah ini menjadikan Imam Syafie rh, flip flop dan tidak cerdik.? Tidak timbul isu tidak cerdik sebenarnya, itulah adalah sifat kemanusiaan biasa yang ilmu kita terbatas.

Lihat sahaja, kerajaan Britain hari ini, bajet terbaru menyaksikan pihak parti pemerintah terpaksa mematahkan janji manifestonya untuk tidak menaikkan cukai pendapatan individu, tetapi bajet pada minggu lepas (April 2009) menyaksikan mereka terpaksa menaikkan juga cukai individu kaya. Hasilnya, mereka dilanyak sepuas hati oleh pembangkang yang diketuai oleh David Cameroon. Itulah politik kepartian yang merugikan banyak pihak jika tidak ditangani dengan baik.

Bagi saya secara peribadi, tiada pandangan yang lebih saya cenderung kerana saya tidak punyai data yang mampu menyokong atau menolak. Saya telah baca banyak tulisan sokongan dan bantahan, tetapi semuanya tidak cukup untuk saya menetapkan keputusan buat masa ini.

Semoga apa yang dicoretkan mampu memberi sedikit sebanyak manfaat buat anda.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

28 April 2009

ibu oh ibu...

Posted by iedah

assalamualaikum wbt,

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku.....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya......
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang..
aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....
mak


Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak


Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak


Re nu ngkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.......
.....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....



Berapa ra mai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ra mai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ra mai yang sanggup mengantikan lampin ibunya........
berapa ra mai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ra mai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ra mai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ra mai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan me nu lis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan mi nu m, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________

~A woman is a flower vase of beauty and fragrance. So smell her gently, do not wrestle with her!~ Arabian Proverb.


"By the expansion of time,

truly man in loss,

except for those who believe and do right actions and encourage each other to the truth

and encourage each other to steadfastness! "

(Al-Asr 103: 1-3)