Aku Tanpa CintaMU

Posted by iedah

AKU TANPA CINTAMU Lirik lagu nasyid, juga lagu layar keinsafan mungkin amat sesuai menggambarkan rasa keinsafan di hati Zayanah sekarang. Zayanah sering meratapi kekhilafannya dan merenung masa depannya yang gelap hasil perbuatannya sendiri.Tanpa diduga gadis yang selama ini amat menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, prinsipnya yang dipegang teguh selama hidup di bumi Allah, hancur begitu sahaja kerana amat rapuhnya iman seorang perempuan yang bergelar remaja.

Tawaran untuk ke sebuah universiti awam di tanah air sedikit melegakan hatinya yang luluh kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Zayanah tetap teguhkan hatinya untuk terlibat dalam bidang kejuruteraan. Dalam bidang kejuruteraan, sudah semestinya kaum adam lebih mempelopori bidang ini. Hati Zayanah sedikit cemas dan tidak selesa dengan keadaan barunya kini, kerana dia terpaksa bercampur dengan kaum adam untuk mencari ilmu. Namun dia percaya, selagi niat untuk mencari ilmu Allah dipegang, Allah akan melindunginya. Memang Zayanah mengakui, dia amat mudah tertarik dengan lelaki yang berpewatakan alim. Walaupun selama ini, Zayanah tidak pernah bergaul dengan lelaki, malah tidak pernah bercakap dengan lelaki, kerana dia memang dikenali dengan sifat pemalunya dan amat pasif semasa di alam persekolahan lagi, membuatkan ramai yang tidak berani untuk mendekatinya. Tetapi jauh di sudut hati seorang perempuan, dia inginkan kasih sayang seorang lelaki kerana dari kecil dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah malahan adik beradik lelaki kerana Allah lebih menyayangi abinya dan tiga orang abangya , yang meninggal akibat terlibat dalam sebuah kemalangan semasa Zayanah masih dalam kandungan umminya.

Perkenalannya dengan seorang senior lelaki atas dasar ingin menolong dalam pelajaran memusnahkan segalanya. Sidqi merupakan pelajar tahun akhir di universiti tersebut , berperwatakan amat alim dan banyak memberi nasihat kepada Zayanah, sedikit sebanyak telah menambat hati seorang mar’atus. Namun ketahuilah jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Iblis akan memerangkap anak cucu Nabi Adam as. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita amat lemah menghadapi tipu daya Iblis, lebih-lebih lagi pada zaman remaja. Memang pada awalnya tidak bersua muka, hanya bertanya khabar melalui internet, kemudahan teknologi kini banyak disalahgunakan pelajar sekarang, contohnya seperti Skype, YM, Gtalk dan sebagainya.

Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Inilah yang terjadi kepada kedua-dua mereka. Dimulakan dengan senyuman pertama semasa pertemuan pertama mereka di perpustakaan, telah menyulam kuntuman cinta dalam hati kedua-dua mereka. Perwatakan sopan dan lembut Zayanah telah menambat hati Sidqi. Hampir dua bulan perkenalan mereka, Sidqi telah memberanikan dirinya menyatakan hasrat cinta kepada Zayanah, mudah sekali syaitan telah meruntuhkan keimanan dihatinya, Zayanah pula yang sudah lama menantikan putera agamanya itu, dengan mudahnya menerima hasrat hati Sidqi. Maka bergembiralah syaitan kerana telah dapat meruntuhkan iman mereka. kononnya dengan harapan dapat menyemai cinta Islamik. Mereka telah berjanji untuk saling mengingatkan dan menjaga batas perhubungan mereka. Zayanah telah berkali-kali mengingatkan Sidqi untuk mengikat tali pertunangan jika benar-benar ikhlas terhadap dirinya, namun Sidqi memberi alasan untuk menghabiskan semester akhirnya dahulu barulah dia akan meminang Zayanah. Zayanah yakin dengan kata-kata Sidqi. Perhubungan mereka berjalan lancar sepanjang semester dan dengan bantuan Sidqi, Zayanah telah dapat sedikit minat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan yang amat tidak disukainya dulu. Dengan bantuan Allah, mereka telah dapat menjawab soalan peperiksaan untuk semester itu dengan cemerlang.

Syaitan amat bijak dan pelbagai cara digunakan untuk meruntuhkan niat suci mereka, bercinta untuk mencari keredhaan Allah. Maka, terjadilah satu detik hitam dalam hidup kedua mereka, kerana mereka berasal dari negeri yang sama, Sidqi telah mengajak Zayanah untuk balik cuti semester ke kampung dengan menaiki keretanya. Pada mulanya Zayanah menolak pelawaan Sidqi, tapi apabila Sidqi memberi alasan hanya untuk teman berbual dan menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu kereta, Zayanah menerima pelawaan buah hatinya itu, sayanglah katakan. Bila berdua-duaan, maka muncullah yang ketiganya, iaitu syaitan laknatullah, memujuk nafsu mereka. Maka terperangkaplah dua insan yang berkasih-sayang. Zayanah dan Sidqi telah hanyut ditelan nafsu . Sejak kejadian itu, Sidqi yang telah tamat pengajiannya di universiti itu telah menjauhkan diri daripada Zayanah dan meninggalkan Zayanah tanpa khabar berita, dengan alasan menyesal dan ingin bertaubat.



Bermula semester baru, Zayanah yang pada masa itu baru sahaja tahun dua pengajiannya, terpaksa menangguhkan pengajiannya selama setahun kerana mengandung hasil daripada perhubungan kotor mereka. Namun sesalan tidak berguna lagi, keluarganya tidak dapat menerimanya lagi dan tinggallah Zayanah terkapai-kapai dalam penyesalan seorang diri. Dengan jasa baik sahabat karibnya, Amilah, Zayanah menumpang di rumahnya sehingga dia melahirkan seorang cahaya mata lelaki. Zayanah sentiasa tertanya-tanya, masih adakah insan yang dapat menerima dirinya yang sudah tidak suci. Kerana dia tahu, penzina hanya untuk penzina, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya. Kini Zayanah berada dalam tahun akhir pengajiannya di universiti tersebut, memang perit untuk Zayanah kerana dalam masa yang sama, dia terpaksa bekerja untuk menyara anak lelakinya, satu-satunya buah hatinya kini. Penyesalan tidak berguna lagi. Begitulah kita jika tanpa cinta kepada Allah, jika hanya mengharapkan cinta insani, mudah hanyut dan termakan pujuk rayu syaitan. Nau’zubillah..


PENGAJARANNYA(TAZKIRAH SEORANG SAHABAT) Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!



Jom dengar cerita..

Posted by iedah

Salam imtihan buat semua sahabat-sahabat dan untuk diri sendiri;)...
Di sini nak berkongsilah sedikit cerita..rasanya ramai dah baca kisah ni..teringat pula beberapa ketika dulu, cerita ini pernah dijadikan modul untuk satu program(program apa ye..xpasti la pula;)..)

jom kita renungkan bersama..

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannnya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.


Ayahnya seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruhkan lobak merah didalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di dalam periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.




Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia mengangkat lobak dan menaruhnya di dalam bekas,kemudian mengangkat telur dan meletakkan di dalam bekas yang lain, dan menuangkan kopi di bekas yang lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, Apa yang kau lihat, nak?

Lobak, telur dan kopi, jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati bekas dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk menghidu bau kopi itu. Ia tersenyum ketika menghidu kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya; Apa erti semua ini, ayah?

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

Kamu termasuk yang mana? Tanya ayahnya. Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?

Bagaimana dengan diri kita?

Apakah kita adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan diri.

Atau apakah kita seperti telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kita adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah celsius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik.


Motivasi pagi…

Posted by iedah

Hari sarapan agak lama walaupun hanya makan nasi ngn kek coklat saje..(trma kasih m.chik DM..buat kek kgmaran sayer;)..).tp kat sejam jugala kat DM td..yang jadi lamanya sebab borak ngn sahabat-sahabat..ni la hobiku..hehe..sembang jer keje..tapi sembang pagi ni berkisar mengenai keluarga, sahabat-sahabat dan banyak lagi isu berbangkit...wah macam meeting la plk..hehe..ada sahabat tengah cerita pasal adik lelakinya yang baru saja masuk asrama...dah form 4..biasalah anak bongsu kan..biasalah dah biasa dok rumah n tiba-tiba nak masuk asrama..nangis juga.sekali ngn sahabat aku ni pun nangis juga sebab mak dia nangis teringatkan adik dia..em..hati seorang ibu kan..betap besarnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang tak termampu dibayar seumur hidup..memang orang akan ejek kalau crita ni dijadikan isu..kata anak manje lah apa lah..tp cuba kita renungkan kembali..knpa mak kita nangis??..sebab dia sayangkan kita..betapa dalamnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya...tapi sejauh manakah kita sayangkan ibu kita..sampaikah tahap itu???sampai tahap itukah kita tatkala berpisah dengan ibu kita semasa nak balik ke kolej..renung2kan dan selamat beramal;)...

Teringat pula zaman dulu masa masuk asrama tingkatan satu dlu..nangis juga nak balik.hehe..buat malu jer bila fikir balik..kebetulan sekolah dekat jer dan abang n kakak pun sekolah situ juga..Cuma abg n kak berulang.kena dok asrama la sebab xde kenderaan nak pi sekolah..bas time tu ada problem ckt.kadang2 ada kdg2 xde..so, terpaksalah diri ini dimasukkan ke asrama. Tiap-tiap pagi gi nangis dekat kak n abang sebelum masuk kelas..hehe..crita la dijadikan modal oleh adik beradik lain untuk gelakkan diri ini sampai sekarang.hehe...sampai mak abah kena pi tiap2 dua minggu sekali bawa adik pi jenguk..hehe..adik pun nangis juga sebab rindukan kakaknya ini.;)..tapi kat umah asyik gaduh jer..biasalah cheq ni budak nakal ckt dlu...tapi dok asrama sampai tingkatan 1 jer. Masuk tingkatan 2 trus berulang. Xmau dah dok asrama..hehe..kbtulan abg kluar pi UIA.so naik motor la ke sekolah ngn kakak. Sampai la tingkatan 6 berulang..kemudian sambing ke nilam puri kelantan. Sekali lagi dok asrama..hehe..nagis tak??..kali ni xnangis...tp mak yang nangis masa nak balik dari hantr.huhu..sebak juga rasa..tapi tahan juga..huhu..em..tuala betapa sayangnya maka kita pada kita sampai sebak nak tinggal...terima kasih makJ..tapi alhamdulillah sepanjang 2 tahun di sana dan sampai sekarang xde lagi dah nangis sebab nak balik..hehe..dah besar dah;)...

Panjang lebar la pulak kalau citer bab family nih...hmm..

Berbalik kepada isu masa sarapan pagi tadi...ada juga sembang pasal kisah2 sahabat2 yang tengah asyik ber'couple' nih...hmmm..macam2 fe'el betul. Dengan buat date la kluar berdua la..sahabat2 ku ini tak terfikirkah apa yang mereka dah buat..xpernah terlintaskah di hati mereka bahawa perbuatan itu betul atau salah..bukan nak salahkan sesiapa..diri ini pun pernah melakukan kesilapan..dan semua orang pernah melakukan kesilapan..tapi cuba kita renungkan kembali..apa pamdangan orang disekeliling kita..apabila ternampak kita yang berstatus 'ustaz' n ''ustazah' xkiralah yang bertudung labuh @ tak tengah dating berdua..naik motor sekali..jalan2 tersentuh bahu..hmm..cuba byangkan yg tengok tu mak n ayah kita...n cuba bygkan kalau nabi Muhammad saw sendiri yang nampak perlakuan kita..mesti baginda sangat sedih melihat umatnya ini. umat yang diberi keistimewaan yang sangat besar di akhirat sana..tapi mensia-siakan anugerah yang diberikan..nasihat ini bukan ditujukan buat sahabat-sahabat lain saja..tp buat juga sebagai peringatan buat diri ini yang lemah dan selalu melakukan kesalahan kecil mahupun besar..

<< فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَى>>

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang selalu meluangkan masa untuk berborak dgn diri ini..tak kisahla kat dewan makan ke..kat bilik ke...kat mana2 tmpat yang pernah kita sembang..kat pantry pun blh jadi.hehe;)...kerana banyak nasihat-menasihati dan peringatan yang secara x langsung ditujukan khas buat diri ini..thanks friend..I LOVE U..:-)...




Sahabat ni sangat penting buat setiap insan...betul la kata pepatah..sahabat itu cermin buat kita..bila kta tgk cermin..kita nmpakla tudung kita senget ckit..tdung bulat sangatla..nampak rambut la..for women la;)..klu man..rambut serabutla..apa2 la yang xkena..;)..so..kita boleh la nak ubah2 ckt..nak perbetul mana yang xbetul..nak 'comelkan' mana yang x comel..(xtau btul ka x istilah ni.hihi..)..apa pun kita akan cuba betulkan yang mana kita tersilap n tersalah..itulah pentingnya sahabat yang berperanan sebagai cermin buat diri kita..

.


Setelah hampir sejam berborak.(wah lamanya).makin dekat exam makin lama pula nyembang..hehe..hmm..bagus untuk hilangkan tension sebenarnya...barula naik bilik masing2 untuk teruskan 'berjuang' for the becoming examination..selamat study yer sahabat2..semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat..jangan hanya pentingkan exam di UM ni sahaja.tapi pentingkan juga exam kita di hari akhirat kelak...moga berada di kalangan orang-orang yang beriman..ameeen..

.

Fatrah Imtihan...

Posted by iedah


Alhamdulillah...sedar tak sedar dah habis pun sesi pengajian bagi semester ni. rasa kejap sangat masa yang berlalu. rasa macam xpuas pula masuk kuliah sem ni..kini mahasiswa varsiti tercinta ini telah pun berada dalam minggu 'study week' yang hanya diperuntukkan lebih kurang seminggu sahaja.huhu...rasa macam xcukup ja..rasa kepala ini masih lagi kosong..huhu.. moga Allah permudahkan kefahamanku dan ingatanku dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain..manfaatkanlah masa yang agak kritikal ini untuk mengulangkaji dan memperkukuhkan lagi kefahaman kita..
Beberapa jam lalu..tika kejemuan menguasai diri ;), jari-jari yang dikurniakan Allah ni pun menari-narilah atas keyboard laptop ni melayari internet;)..sambil mencari maklumat mengenai sebuah tempat di Arab Saudi sana..nak dipendekkan cerita, terjumpalah satu blog seorang kakak ni..em..macam biasalah..menjadi satu hobiku dari dulu suka baca blog.best..suka baca kisah-kisah perjalanan penulis-penulis bloggers..tulah salah satu faktor tercetusnya blog
ini..hehe;)...oklah berbalik pada cerita blog akak ni td..sebenarnya xde apa pun..just nak kongsikan nukilan akak ni ja buat tatapan semua sahabat-sahabat sekalian sempena musim peperiksaan ini..sebelum tu nak ucapkan "good luck for everyone" & selamat menduduki peperiksaan akhir semester bagi akhir tahun kedua ini.huhu...moga Allah permudahkan urusan kita semua..selamat berjuang 23hb ini...

Menangani Stress Belajar

Alhamdulillah hari ini saya berusaha untuk memenuhi janji berkongsi pengalaman menangani stress masa belajar. Moga ia boleh dimanfaatkan oleh adik yang bertanya dan kawan-kawan yang berminat.

Saya bukanlah pakar motivasi malah cara yang saya gunakan juga mungkin tidak sama dengan cara-cara yang disarankan oleh pakar motivasi belajar. Namun begitu cara ini banyak membantu saya menangani stress sewaktu belajar di sekolah dan universiti suatu ketika dulu.

1. Perasaan Seronok belajar

Bagi saya stress datang daripada pelbagai faktor, akan tetapi ia boleh diatasi sekiranya kita mempunyai perasaan seronok belajar. Sekiranya kita mampu menjadikan diri kita seronok untuk belajar dan diajar, kita tidak akan terasa stress. Ini kerana kita sentiasa sero
nok untuk hadir ke kelas setiap hari, dan dapat memberikan tumpuan semasa belajar.

Perasaan seronok belajar pula boleh didapati daripada banyak cabang, yang paling utama adalah diri kita, kemudian guru, kawan-kawan dan persekitaran. Niatkanlah bahawa kita ikhlas belajar ingin mendapat ilmu, serta jangan terlalu serius sehingga menekan diri.

2. Menjaga Masa
Kelemahan menjaga masa boleh menyebabkan kita stress. Apatah lagi sekiranya kita terlibat dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum. Kita terasa perlukan masa lebih daripada 24 jam. Bagaimana nak hadiri mesyuarat, menyiapkan tugasan serta pelbagai lagi tugasan. Rasa-rasa kiri kanan belakang depan semua nakkan masa kita.

Namun begitu sekiranya kita fikirkan masa tak cukup, kita akan semakin stress. Jadi carilah masa, aturlah masa kita sebaik-baiknya. Bagi saya semakin banyak tugas yang perlu disempurnakan, kita akan lebih berdisiplin dalam menjaga masa.

Pengalaman saya masa belajar di universiti, keputusan peperiksaan yang paling baik saya perolehi ketika saya memegang jawatan exco majlis perwakilan pelajar. Saya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang diperolehi kerana kesibukan yang melampau ketika itu.

Jika kita perlukan masa, kita mesti mencarinya, masa itu sentiasa cukup cuma kita yang tersilap mengaturnya.

3. Pandangan Positif terhadap Guru atau Pensyarah
Pastikan kita menerima kekurangan dan kelebihan guru atau pensyarah. Ini adalah penting agar kita cuma memiliki pandangan positif kepada orang yang memberi ilmu kepada kita.

Selagi kita positif kepada pensyarah, segala ilmu yang diajar akan senang meresap masuk ke dalam hati kita. Ini dapat mengelakkan kita merasa tertekan, serta hormati mereka sebagai orang yang lebih tahu daripada kita. Sekiranya tidak mampu (sikap beliau yang terlalu negatif) kita boleh withdraw (sistem UIA), dan belajar semula pelajaran tersebut daripada pensyarah lain.

4. Jangan fikirkan masalah lain
Kadang-kadang kita memikirkan permasalahan diluar kawalan kita. Masalah keluarga, adik-beradik, kawan-kawan serta pelbagai lagi masalah. Semakin kita fikir, kita makin tertekan, ada yang berfikir sehingga ia memakan diri sendiri.

Ada orang yang mengira ia sebagai tanda simpati kita kepada mereka. Sebenarnya jika kita kurang memikirkan perkara diluar kawalan kita, kita akan lebih tenang dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kita kepada pelajaran.

Apa yang perlu kita lakukan ialah mencari penyelesaiannya. Sebagai contoh kita miskin, tidak mempunyai cukup duit untuk makan, kita boleh berkongsi makan dengan kawan-kawan yang senasib kita. Itulah yang kami praktikkan suatu ketika dulu, alhamdulillah.

Banyak kelebihannya seperti yang disebutkan dalam hadis Rasulullah saw: "makanan untuk dua orang cukup untuk tiga orang, dan makanan untuk tiga orang cukup untuk empat orang".

5. Fokuskan keinginan diri.
Pastikan kita fokuskan apa yang ingin kita capai dalam hidup ini, serta berusaha untuk mencapainya. Sentiasa motivasikan diri sendiri dengan mengambil pelajaran daripada kesusahan orang lain.

Ingat selalu hadis Rasulullah; "Lihatlah orang yang dibawah dari kamu, dan jangan melihat orang yang diatas dari kamu" . Sekiranya kita berfikiran begini, kita akan berasa bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ia dapat mengelakkan diri daripada stress, kerana sekiranya kita asyik melihat orang yang lebih dari kita, kita akan kurang bersyukur. Hati akan terasa tidak cukup dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.

Semakin banyak kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah, DIA akan melipatgandakan kurniaan-NYA kepada kita.

6. Belajar Berkumpulan
Belajarlah secara berkumpulan, ia lebih baik daripada sendirian. Kawan-kawan boleh memberi keceriaan kepada kita, malah mampu membetulkan kesilapan kita.

Percayalah bila kita berada dalam kumpulan kita akan lebih mantap dan kuat. Kadang-kadang kita terasa malas untuk menyiapkan tugasan kita, tapi bila ada kawan belajar bersama-sama kita akan menyiapkannya lebih cepat.

Itulah kenangan masa belajar yang tidak mampu saya lupakan. Kawan-kawan terlalu banyak membantu.Mereka sanggup ke asrama saya walaupun ia terletak jauh daripada kampus, semata-mata ingin belajar bersama. Alhamdulillah. Terima kasih sahabat.

7. Mengajar kawan-kawan
Pengalaman mengajar kawan-kawan juga sangat membantu saya. Ini kerana sesiapa yang ingin mengajar perlu menyiapkan diri, mengulangkaji, membuat ringkasan tajuk serta pelbagai lagi perkara positif.

Alhamdulillah, kami mampu berkumpul ramai-ramai untuk belajar setiap kali "revision week", mengulangkaji beramai-ramai, kemudian berjaya beramai-ramai. Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada kami bila lebih daripada 50 orang berjaya memasuki universiti yang sama. Ikatan ukhwah terlalu rapat, malah ada yang mampu menarik kawan-kawan lain turut belajar bersama.

Malah setiap kali mengajar, Allah bukakan hati kita untuk lebih memahami apa yang kita ajarkan. Memang sesiapa yang berkongsi ilmu tidak akan berkurang ilmunya, malah dilipatgandakan ilmu tersebut.

8. Keredhaan Ayah Bonda dan keluarga
Bila kita ikhlas dalam setiap kerja kita, kita akan mampu meyakinkan ibubapa dan keluarga. Ini menambahkan keredhaan mereka kepada kita. Doa restu mereka juga dapat membantu memantapkan lagi usaha kita.

Jadikan ibubapa kawan kita, dengan berkongsi pengalaman kita. Ini kerana mereka lebih tahu dan memahami siapa kita, anak yang dijaga semenjak kecil lagi.

9. Doa dan Yakin
Berdoalah selalu selepas berusaha, moga Allah merahmati segala usaha kita. Kita juga perlu yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa-doa kita.

Insya Allah keyakinan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada kekuasaan Allah, akan memberi keputusan positif kepada kita. Sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadis Qudsi: "Aku bersama sangkaan hamba-KU..."

Selain itu terdapat pelbagai lagi cara menangani stress masa belajar, carilah teknik yang paling bersesuaian dengan kita dan amalkannya. Insya Allah dipermudahkan segala urusan kita. Selamat Berjaya...



motivasi bersama Amin Idris kat kolej kediaman kinabalu..

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga

Posted by iedah


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)


Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya..

Posted by iedah


*Kita bertanya : Kenapa aku diuji ?

Quran menjawab:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ {2}
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ {3}

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)



*Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?
Quran menjawab,


كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ {216}

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)



*Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)



*Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)



*Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,


وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ {45}


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45



*Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab.


فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ


“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)



*Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,


إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)



*Kita berkata : Aku tak tahan!!!
Quran menjawab,


أَرْسِلْهُ مَعَنَا غَداً يَرْتَعْ وَيَلْعَبْ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ


“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)



*Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ?
Quran menjawab,


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً {5} إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)