Telah kupilih jalanMu

Posted by iedah

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

NAK JADI ISTERI KEDUA???

Posted by iedah

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa.Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning.

Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.

Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin. Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit.

Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibahyakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu. "Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.

Kuasa Seorang Perempuan...

Posted by iedah


KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN

Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.
Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).

Psikologi Seorang Guru

Posted by iedah

Kali ini saya ingin membawakan suatu kisah seorang guru yang bijak menggunakan perumpamaan dan kata-katanya yang indah untuk mendidik anak didiknya serta menarik minat mereka yang mendengarnya. Kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar. wAllahua'lam...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.
Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepadam urid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan
meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.. apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

luahan rasa

Posted by iedah

Alhamdulillah...berakhir sudah kuliah ilmu malam ni setelah 2 malam berturut-turut kami menjayakannya. inila kali pertama jadi AJK untuk kuliah ilmu. selalunya jadi penonton saje. perasaan menjadi penonton dengan urusetia sangat berbeza. betullah apa yang ustaz hasrizal kata masa ceramah semalam..erti memberi dari menerima. menjadi AJK ibarat kita memberi, iaitu memberi dan mengerahkan tenaga kita untuk menjayakan program yang bermanfaat untuk semua mahasisiwa. segala usaha kita, hanya Allah sahaja yang mampu menilainya. semoga usaha ini mendapat keredhaan oleh Allah, I-Allah..

mendegar kata2 tasyji' daripada ukhti nazifah dan akhi zul, selaku penasihat kepada kuliah ilmu ini, mengurangkan rasa letih dan kerisauan di hati ini tatkala sahabat-sahabat lain bergelut dengan assignment yang masih lagi terbengkalai dan mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan sebulan sahaja lagi, sedangkan diri ini dan sahabat-sahabat lain bersengkang mata berkorban masa dan tenaga menjayakan kuliah tersebut. semoga Allah membantu kita semua dalam setiap saat, setiap perbuatan kita dan mempermudahkan apa-apa urusan kita semua..Ameen..uhkti nazifah ada menyebut semalam, 3 mata yang tidak akan dibakar oleh api neraka ialah mata yang berjaga untuk kerja-kerja di jalanNya, mata yang menangis kerana Allah dan mata yang mengelak dari melihat perkara-perkara yang diharamkan..Ya Allah kurniakanlah aku mata-mata seperti itu..

KULIAH ILMU

Posted by iedah

kursus sembelihan balai Islam 8th..

Posted by iedah

Famili balai Islam 8th yang bertungkus lumus menjayakan kursus sembelihan ..
turut hadir NYDP MPMUM & YDP PMIUM 09/10


muslimat yang berani...


bertungkus lumus menguruskan daging kambing...

sembelih ayam..

Tips Pengurusan Masa Berkesan

Posted by iedah

Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting. Kelemahan sesorang menguruskan masa dengan efektif akan menyebabkannya mudah terjebak ke kancah kegagalan dan kekecewaan. Pengurusannya yang baik pula pastinya membuahkan natijah yang berkesan di samping memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang.

Bagi remaja, masa muda adalah sangat kritikal untuk disia-siakan begitu sahaja. Banyak masa diperlukan untuk mengulangkaji pelajaran, waktu bersama keluarga dan rakan-rakan, bacaan tambahan, riadah dan rehlah dan sebagainya lagi.

Salah satu ciri remaja muslim cemerlang adalah Munazzomun fi syuunihi (terurus dalam urusan hariannya). Apa yang dimaksudkan dengan terancang urusan harian adalah: ”Tersusun dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.”

Di sini dikongsikan 10 Tips Pengurusan Waktu berkesan yang disunting dari petikan buku siri motivasi “Jatidiri Penggerak Perubahan”.

1. Buatlah perencanaan

Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian

Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat

Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk

Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’

Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai, memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak

Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menangguhkan kerja

Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal

Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan

Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau eksekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan ketagihan kerja

Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga. Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workaholic) yang sama tarafnya seperti orang yang ketagihan alkohol.

Posted by iedah

team bola jaring Balai Islam 8th kat Sukan Balai Islam kolej 2nd.
I jadi tukang sorak & camera girl aje;)

Bila Al-Quran Mula Bersuara

Posted by iedah


Waktu engkau masih kanak-kanak,kau laksana kawan sejatiku dengan wudu’, Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang Aku,kau junjung dan kau pelajari.Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari setelah selesai engkau menciumku mesra.

Sekarang,engkau telah dewasa…Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku.Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.. Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia.Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi.Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu mengasyikkan. Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di Komputermu pun kau putar musik kegemaranmu.

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu,Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen. Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.Waktupun cepat berlalu………
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya..

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu… Setiap saat berlalu… Dan akhirnya…kubur yang setia menunggu mu…Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati… Di kuburmu nanti….

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari. Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu.

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu..Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali… Baca dan pelajari lagi Aku…Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat seperti dulu.Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan aku engkau biarkan aku sendiri…. Dalam bisu dan sepi….

Buta Mata Tidak Bererti Buta Hati

Posted by iedah


"Marhaban biman 'atabani rabbi," demikian ucapan Nabi Muhammad s.a.w. setiap kali baginda bertemu orang itu.

Ucapan demikian khusus kepadanya sahaja dan tidak baginda lakukan demikian pada para sahabat.

Ucapan "selamat datang untuk orang yang olehnya aku mendapat teguran ALLAH," terjadi satu peristiwa yang berlaku ketika Nabi masih berada di Mekah dan dakwah Islam baginda menerima gangguan terus-menerus. Nabi Muhammad s.a.w. sedang melakukan dakwah kepada beberapa tokoh-tokoh Quraisy agar mereka memeluk Islam di antaranya adalah Abu Jahal dan Atabah bin Rabi`ah; pemuka golongan Musyrik.

Tiba-tiba datang seorang buta bernama Ibnu Ummi Maktum. Ia mendekati orang ramai yang berada di situ lalu berkata kepada Nabi:

"Ajarkan padaku ,ya Rasulullah apa yang diajarkan Allah kepada engkau."


Nabi tidak mengindahkannya. Rupanya baginda lebih mengharapkan tokoh-tokoh Quraisy itu dahulu sehingga tidak memberi perhatian kepada si buta tersebut. Kerana jika mereka masuk Islam, tentu ramai yang lain akan mengikutnya,demikian yang terfikirkan oleh Nabi ketika itu.

Sikap baginda itu tidak dibenarkan Allah. Allah s.a.w. dengan segera menegur kepada Nabi dengan menurunkan ayat dan menghendaki Nabi merubah sikap baginda.

"(Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana orang buta datang kepadanya. Barangkali, siapa tahu, beliau ingin membersihkan jiwanya. Atau ingin mendapat pelajaran bermanfaat (untuk dirinya). Adapun orang yang merasa dirinya kaya itu, engkau datang menghadapinya.Tidak ada (celaan) pada engkau bila beliau tidak membersihkan jiwanya. Orang yang datang pada engkau dengan kesanggupan usahanya,sedang beliau takut pada Allah, maka engkau tidak mempedulikannya. Sekali-kali tidak(begitu hendaknya)! Sesungguhnya (ajaran-ajaran Allah) itu adalah suatu peringatan."



Demikian ayat teguran Allah kepada Nabi yang di sebut dalam al-Quran, surah Abasa. Ayat ini telah menyedarkan Nabi dan baginda bertemu akan si buta itu dan Nabi s.a.w. ucapkan "marhaban biman atabani rabbi".

Padanya juga baginda ajarkan agama Islam seperti para sahabat yang lainnya. Pada suatu hari Jibrail datang mengunjungi Rasulullah s.a.w. ,sedangkan Ibnu Ummi Maktum berada dekat baginda.

"Sejak bila engkau tidak melihat," demikian ditanyakan padanya.

"Sejak saya masih kecil," jawabnya.

Lalu disampaikan kepadanya Hadits Qudsy. "

Bila Aku (ALLAH) ambil apa yang dimuliakan dari hamba-KU,gantinya nanti ialah Syurga (kalau beliau sabar)."

Di waktu lain pula ketika baginda hendak ke medan perang, Ibnu Ummi Maktum diangkat baginda sebagai Gabenor Tentera Madinah.

Semasa dalam pimpinannya itu, ketika solat Jumaat beliau sendiri yang membaca khutbah. Demikianlah beliau mendapat penghargaan dan Allah sudah menghargainya. Namun demikian Ibnu Ummi Maktum sedar akan dirinya dan beliau tidak lupa daratan atau menyombong diri. Sewaktu beliau berkhutbah jumaat, beliau tidak mahu menaiki mimbar yang selalu dipakai Nabi. Cukup dgn beliau berdiri di samping mimbar itu. Tetapi kerjanya sebagai muazzin adalah yang paling disukainya.

Nabi mempunyai muazzin yang lain iaitu Bilal. Kerana itu, Baginda telah memberi ketentuan waktu masing-masing.

"Bilal azan di waktu malam,maka makan dan minumlah kamu(untuk puasa) sehingga tiba giliran Ibnu Ummi Maktum (azan subuh)," perintah Nabi kepada kedua mereka.

Teguran Allah kepada Nabi sewajarnya menjadi peringatan kita bahawa orang cacat,miskin, atau orang kecil sekalipun jangan diabaikan kerana mungkin mereka juga kuat beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka sedia berkorban pada agama Islam. Sesungguhnya kejadian ini dijadikan teladan yang baik hendaknya bagi kita umat Nabi Muhammad s.a.w.

6 pesanan untuk wanita

Posted by iedah

6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.


Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Posted by iedah

hari ini agak kepenatan. ditambah pula dengan mengantuk akibat tidak dapat melelapkan mata sampai jam 5 pagi semalam.huhu..kesnya terlajak minum kopi radix pulak. tak lena la. asalnya nak siapkan assgment. tapi dah lewat so otak pun dah tak boleh nak memikir. mujur hari ni kena preset for subject pengurusan dan pentadbiran dalam pendidikan Islsam. so, tak la ngantuk. dok depan kan :). alhamdulillah presentation tadi berjalan lancar. lama jugak. sejam stgah pesent. jadi ustaz tob xlah komen apa2 and dia puji lagi. alhamdulillah:) berkat usaha sama sahabat2 satu group. moga ilmu yang kita perolehi memberi manfaat kepada kita sebagai bakal pendidik dalam memajukan sistem Pendidikan Islam di masa akan datang, ameen..
hmm..I need to get more rest. exam pun dah tak lama. so kena tumpukan kepada study 100% walaupu banyak tugasan yang masih menanti diri ini. Ya Allah..berilah aku kekuatan..

MAKANAN SYUBHAT DI HOTEL LIMA (5) BINTANG

Posted by iedah



Agama Islam sangat tegas berkenaan dengan halal dan haram dalam makanan. Ini adalah kerana makanan yang baik dan suci membentuk jiwa yang bersih dan mudah menerima hidayah daripada Allah s.w.t. Dalam amalan para sufi penekanan terhadap kebersihan dan kesucian sesuatu makanan amatlah dijaga dan dititikberatkan supaya hati tidak dicemari daripada perkara-perkara yang syubhat dan haram yang akan menjauhkan diri seseorang dengan Allah kerana hati yang rosak akan menyebabkan seseorang akan lalai dari mengingati Allah s.w.t. Justeru pemakanan yang halal dan suci amat penting dalam kehidupan setiap muslim.

Pengambilan makanan yang baik amatlah digalakkan di dalam Islam. Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Nahl, ayat 114: فكلوا مما رزقكم الله حللا طيبا واشكروا نعمت الله إن كنتم إياه تعبدون.

Maksudnya: “Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan syukurlah di atas nikmat Allah, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah.”

Ayat di atas menggesa umat Islam memilih makanan yang halal lagi baik yang diberikan oleh Allah, justeru umat Islam wajib meninggalkan makanan-makanan yang berstatus syubhat dan haram.

Hadith nabi juga dalam hal yang sama menyuruh umatnya supaya memilih sesuatu seperti makanan begitu juga perkara yang lain iaitu yang halal dan bukan yang syubhat lagi haram. Nabi s.a.w. bersabda daripada Amir ia berkata:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
[Sahih Bukhari, Kitab Al-Iman, Bab Keutamaan Orang Yang Meninggalkan (Sesuatu Keraguan)KeranaMenjagaAgamanya,No.50.]

Maksudnya: Dari Amir, ia berkata: Saya mendengar Nu'man bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara yang musyabbihat (serupa, tidak jelas haram atau halalnya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat maka ia telah membersihkan kehormatan diri dan agamanya. Dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat adalah seperti pengembala (yang membawa ternakanannya) di sekitar tanah larangan maka hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak. Ketahuilah, itulah hati.

Dalam hadith yang sama juga hati memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian dan jiwa seseorang muslim, dilihat kepada apa yang dimakannya. Jika halal dan baik maka baiklah hatinya tetapi jika sebaliknya maka akan rosak dan binasalah hati itu. Penjagaan hati dan diri ini amat bertepatan dengan salah satu objektif syariah (maqasid syariah) iaitu menjaga diri, justeru amalan pengambilan makanan yang halal bukan sahaja menjadi kewajipan atas setiap orang muslim bahkan ia menjadi jihad dalam khusus kepada masyarakat Islam dalam menyediakan keperluan barangan yang halal termasuk memasarkan, menjual dan menggunakan barangan halal hasil tangan individu atau badan Islam yang prihatin dengan kesucian makanan ini.

FOKUS ISU: MAKANAN YANG SYUBHAT DI HOTEL LIMA BINTANG

Hotel merupakan tempat yang popular bagi masyarakat di Malaysia, dalam isu ini fokusnya ialah umat Islam. Ramai di kalangan mereka yang beragama Islam menjadikan hotel sebagai pusat untuk melaksanakan pelbagai acara seperti majlis perkahwinan, seminar, kursus, sambutan hari keluarga dan sebagainya. Mereka yang mengunjungi terdiri dari pelabagai latarbelakang sama ahli akademik, ustaz, pensyarah, orang kenamaan, ahli korporat, orang kampong dan ramai lagi menikmati sajian yang dihidangkan di hotel-hotel bertaraf lima bintang ini, namun berapa ramaikah yang mempersoalkan status halal sesebuah hotel dalam aktivit mereka menyediakan makanan?.

menyedihkan umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadan dengan suci hati mengharapkan keredaan Allah dan memperoleh pahala di jamu dengan hidangan bufet di hotel-hotel bertaraf lima bintang tanpa sedar mungkin telah memakan makanan yang syubhat atau yang lebih teruk makanan yang haram. Oleh yang demikian masyarakat Islam semestinya prihatin dengan permasalahan ini supaya masyarakat Islam tidak akan diperkotak-katikkan oleh mereka yang cemburu dan iri hati dengan agama Islam justeru telah melakukan penganiyaan terhadap umat Islam secara senyap melalui makanan yang tampak enak di mata tapi sebenarnya adalah HARAM!!.

Pendedahan ini dibuat berdasarkan temubual yang dijalankan oleh sebuah stesen radio iaitu Radio 24 yang menjemput dua orang chef yang pernah bekerja di hotel bertaraf lima bintang atas rasa kesedaran dan keprihatinan mereka telah mendedahkan penyelewengan dalam masakan yang tidak menghiraukan sensiviti umat Islam berkenaan makanan dengan mencampur adukkan antara bahan makanan yang halal dan haram untuk sajian masyarakat Islam yang mengunjungi hotel-hotel seperti ini.

Antara pendedahan yang dibuat oleh chef tersebut ialah: Dapur yang di masak bercampur antara masakan melayu, cina, india, itali, barat kerana berlainan eksekutif chef.Mesin pengisar daging yg bertulis “pork” dan “non-pork” dan seringkali bercampur antara keduanya.Kek-kek dicampur dengan arak.Sos-sos pencicah dicampur dengan bahan tidak halal. Pendedahan ini adalah suatu yang menjijikkan kita sebagai orang Islam yang amat mementingkan halal dan haram dalam pemakanan seharian. Ramai di kalangan masyarakat Islam masih belum sedar akan hakikat ini. Selain daripada di atas, sudah banyak aduan dan laporan yang dibuat berkaitan ayam yang dicucuk, ayam yang berenzim babi, ayam yang tidak sah cara penyembelihannya dan sebagainya dan jika ayam-ayam jenis ini yang dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha hotel, apakah kita yakin dengan status halalnya sekalipun mereka ini mendapat persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)?. Ini adalah berkait dengan soal maruah umat Islam kerana ialah adalah sebahagian daripada ibadah yang menghubungkan manusia dengan Allah?. Umat Islam seharusnya prihatin dan sensitif dengan isu ini.

Dalam kaedah bagi mengatasi masalah ini, satu tindakan bersepadu mestilah diambil di antara JAKIM dan badan-badan lain seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dengan mencari jalan dengan satu tindakan yang tegas dalam menangani isu ini supaya pengusaha-pengusaha hotel benar-benar prihatin dengan keperluan umat Islam dalam soal halal makanan ini.

Pihak pengurusan hotel juga perlu didesak supaya mendapatkan pengesahan sijil halal yang tulen daripada pihak berkuasa agama Islam supaya sensiviti umat Islam tidak dipermainkan. Bagi pengguna terutamanya muslim seharusnya menggunakan hak untuk menuntut supaya pihak pengurusan hotel menjamin kualiti makanan yang halal apabila sesuatu majlis diadakan orang masyarakat Islam. Amaran perlu diberikan jika mereka tidak mengendahkan keperluan dan permintaan umat Islam ini.

Di samping amalan berpesan-pesan kepada kebenaran ini, satu langkah bijak telah dicetuskan oleh PPIM dalam usaha memastikan industri halal ini menjadi kekuatan kepada ekonomi umat Islam. PPIM mencadangkan penubuhan Muslim Friendly Organization Award (MFO) bagi menyelesaikan permaslahan ini, bukan sahaja melibatkan makanan halal tetapi sekaligus meningkatkan ekonomi orang Islam dalam memasarkan barangan-barangan halal. Ini adalah kerana perbandingan harga barangan antara orang Islam dan bukan Islam menunjukkan barangan orang Islam agak mahal tetapi terjamin halalnya berbanding orang bukan Islam seperti mee orang Islam yang tidak tahan lama kerana tidak dicampurkan dengan bahan pengawet berbeza dengan mee buatan bukan Islam yang mencampurkan bahan pengawet. Antara lain penubuhan MFO ini mencadangakan beberapa perkara seperti berikut:

1. FOKUS ADALAH ORGANISASI BUKAN ISLAM
seperti pengusaha restoran, yang mendapat sijil halal, tetapi kebanyakan pelanggannya terdiri daripada orang Islam. Selain itu, kita juga hendak memberikan keuntungan ekonomi kepada masyarakat Islam.

2. MENINGKATKAN EKONOMI UMAT ISLAM
Adakah bekalan bahan makanan untuk majlis itu diambil oleh pemilik hotel berkenaan dari orang Islam? Keadaan sebegini menyebabkan orang Islam terus berada dalam perangkap ekonomi. Kerana mereka tidak ambil (bekalan) dari orang Islam jadi tidak ada manfaat kepada orang Islam selain makan.

3. ORGANISASI YANG TERBUKA SERTA SENSITIF KEPADA ORANG ISLAM
Tidak menempatkan orang Islam di tempat penjualan arak, babi dan menyediakan surau bagi kemudahan orang Islam untuk beribadat. Misalannya, orang Islam menempah hotel mengadakan majlis tetapi untuk beribadat suarau tidak disediakan.

4. ORGANISASI MEWUJUDKAN PANEL SYARIAH ATAU LEMBAGA PENGARAHNYA ADA SEORANG DUA ORANG ISLAM
Boleh memerhatikan perkara halal haram, seperti polisi pembelian. Pasukan audit yang akan memantau. Apa yang kita hendakkan ialah pembabitan orang Islam di mana yang mungkin dalam sesebuah organisasi itu. Sebagai contoh, di sesebuah restoran pemantaunya mungkin bilal atau siak yang ada di kawasan itu. Dia akan datang memantau mengikut kesesuaiannya dan berdasarkan garis panduan yang kita beri.

5. ORGANISASI YANG PRIHATIN.
Bagi pelanggan Islam, jika tidak ada satu konsep seperti MFO ini, yang membolehkan mereka datang makan, mungkin nasib pembekal Islam tidak terbela malahan nasib mereka juga. Sebagai contoh, ada sejenis mi yang dibuat oleh orang Islam yang kualitinya bagus tetapi tidak tahan lama kerana tidak dicampur dengan bahan pengawet.

6. DASAR TIDAK MENEKAN
Pengusaha bukan Islam tidak akan dapat bangkit lagi kerana jika pengguna (Islam) sudah marah, mereka akan ambil tindakan. Amaran kita amat terang, jika mereka sensitif kita akan sokong, kalau menekan, menipu kita akan mengambil tindakan sewajarnya. Pengguna tidak mahu terus diperguna.

Penubuhan MFO ini menurut Setiausaha PPIM Datuk Nadzim Johan tidak akan menganggu peranan yang dimainkan oleh JAKIM selama ini. PPIM bukan hendak menjuarai dalam isu halal dan haram ini tapi menggesa masyarakat Islam bersatu padu menangani masalah ini secara kolektif.

Idea MFO antara lain bagi menampung keperluan umat Islam dan membantu ekonomi umat Islam dengan mendahulukan barangan Islam daripada barangan bukan Islam. Menurut Datuk Nadzim Johan, “Untuk keluarkan orang Islam dari kepompong kemiskinan, kita kena kerja bersama. Sama-sama kena faham, orang bukan Islam kena faham dan orang Islam sendiri kena lebih faham, kena ambil kefahaman untuk menolong. Konsep ini kita ambil dari negara asing juga. Contoh, masyarakat Korea di negara ini, bilangan mereka tak ramai, tetapi mereka sudah ada pasar raya sendiri, tetapi mana pasar raya orang Islam? Tak ada, kerana orang Islam tak kisah. Orang Jepun misalnya, kalau nak beli benda kecil pun mereka akan ke Sogo walaupun tinggal di Ampang”.


Menurutnya lagi, “Dalam proses penganugerahan MFO kita mengumpul syarikat yang berminat. Mungkin tidak banyak buat permulaan, tetapi lama kelamaan ia akan jadi budaya”.

Penglibatan umat Islam dalam penyediaan makanan halal amatlah diharapkan supaya keperluan umat Islam dapat dipenuhi kerana pada masa sekarang golongan bukan Islam amat menjuarai dalam menyediakan makanan keperluan umat Islam, walaupun sesetengahnya adalah halal, namun pulangan kepada orang Islam dalam bentuk zakat tidak ada. Individu muslim mesti mengorak langkah maju ke hadapan kerana industri halal jika tidak dikuasai oleh orang Islam, maka timbullah seperti isu di atas “makanan syubhat di hotel lima bintang”, bukan sekadar penyediaan makanannya tidak halal, tetapi pembekal-pembekal bahan mentah juga terdiri dari kalangan bukan Islam tetapi mereka mampu memenuhi permintaan yang banyak, adakah kita sangat yakin dengan perkhidmatan dan barangan mereka?.

KESIMPULAN

Isu makanan syubhat di hotel lima bintang bukanlah satu isu yang boleh di pandang sebelah mata dan bukan isu yang remeh tapi ia sangat berkaitan dengan sensiviti umat Islam yang amat mementingkan makanan yang halal ini. Penguatkuasaan yang tegas perlu diambil oleh pihak berwajib, dalam hal ini JAKIM tidak mempunyai kuasa dalam menguatkuasakan undang-undang tetapi ianya perlu dimainkan oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), di samping dibantu oleh Persatuan-persatuan Penggunan seperti PPIM, CAP dan sebagainya. Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) juga seharusnya memainkan peranan yang sama. Pembaharuan sijil halal yang dikeluarkan oleh MAIN seharusnya disusuli dengan pemeriksaan yang rapi bagi memastikan hotel-hotel ini mematuhi garis panduan dalam penyediaan makanan yang halal kepada pengguna muslim. Walaupun JAKIM telah menyenaraikan hotel-hotel yang telah mendapat sijil halal daripada JAKIM dan MAIN namun untuk kepastian memerlukan keprihatinan semua pihak untuk memastikan maruah umat Islam dijaga.
http://drishak69.blogspot.com

Ceramah maulidurrasul KK8

Posted by iedah

Pisang dan Hati

Posted by iedah

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.