Ayah bonda yang tersayang..
Jasa kalian teramat besar..
ketabahan kalian mendidikku..
kesabaran kalian membesarkanku..
tidak dapat kubalas dengan harga kehidupan ini..
hanya kejayaan yang mampu kuhadiah buat kalian..
terima kasih mak abah..
Ya Allah..
rahmatilah mereka
kasihilah mereka
sebagaimana mereka mengasihiku..
ampunilah segala dosa2 mereka..
-
Ep. 97 : Permai @ 20221 year ago
-
PERMADAH KINI 201311 years ago
-
1 tahun 4 bulan11 years ago
-
bersih dan hijau11 years ago
-
‘Bahasa’ Si Anak Kecil12 years ago
-
-
-
Apa Pun Tak Tulis12 years ago
-
RINDU "KAMU"...13 years ago
-
-
-
-
ROMANTIK ITU SUNNAH NABI SAW10 years ago
-
Sebut namaMu11 years ago
-
-
Selamat Kembali Mahasiswa!13 years ago
-
-
Kisah Jumpa Rasulullah...14 years ago
-
-
syamrie is under maintenance11 years ago
-
REJAB BULAN ALLAH11 years ago
-
-
Entri.....13 years ago
-
6 Ramadhan 1431 H13 years ago
-
-
-
masa
kalendar
Prayer time
Kaum kerabat Abu Bakar
Sahabat PERMADAH
Sahabat UM
sahabat SMAYK
Dhuyufi
- iedah
- Dilahirkan pada 13 Mei 1987. berasal dari Baling, kedah. anak ke 7 daripada 9 orang adik beradik. mendapat pendidikan awal di SRIDU Kupang dan Sekolah Kebangsaan Kupang. Menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menegah Agama Arab yayasan Al-khairiah. kemudian, menyambung pelajaran ke Akademi Pengajian Islam Nilam Puri dan kini pelajar tahun 3, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam jurusan ijazah sarjana muda Pendidikan Islam. ~ibnat_flower87@yahoo.com~
Anda adalah tetamu ke:
About Me
apa kata mereka
Followers
Berita terkini
Hari ni seharian berada drumah amal kat subang bestari..maghrib tadi baru sampai kolej. penat rasanya. tapi dapat banyak pengalaman hari ni. ni first time turun buat program kat anak-anak yatim. alhamdulillah..syukur rasanya kerana dapat memberi sumbangan kepada adik-adik di situ. kesian mereka..itulah ujian Allah atas mereka.membesar tanpa ibu dan ayah..membesar bersama rakan-rakan yang senasib.syukur alhamdulillah aku masih diberi rahmat oleh Allah untuk merasai nikmat kasih sayang oleh kedua ibu bapa ku..terima kasih mak dan abah kerana bersabar menjagaku dan mendidikku selama ini..jasa kalian tidak dapat kubalas seumur hidupku
..
Kesibukan melanda diriku sejak akhir2 ini. nak jenguk blog pun xmenyempat.huhu..Moga Allah beri kekuatan dalam menjalankan segala tugasan yang diamanahkan..
Program family day Sarjana Muda Pendidikan Islam ahad lalu bertempat di Tasik perdana. tempat yang sangat menarik. rasa macam nak pi lagi:) penatnya xterkira...tp xpe..yang penting hepi:)
Today I get so many things. petang tadi masuk program memperkasakan aqidah tu. best sangat2. banyak input yang dapat. belajar mengenai isi kitab Bible oleh ustaz Abdullah Din. first time dapat pegang dan belek isi bible tu sendiri. ustaz nicholas cakap sikit jer. tapi 1o soalan yang dia bagi memang betul2 bermakna. antaranya..
1)nyatakan 2 keadaan bila dibenarkan memaksa orang bukan Islam memeluk Islam.
2)jawab kenyataan orang bukan Islam yang mengatakan bahawa" semua agama itu sama, xpayah masuk Islam".
3)nyatakan apa kata al-Quran mengenai Bible..
4)al-Quran ditiru dari Bible, kerana banyak cerita yang sama..
5)wanita dalam Islam ditindas, sof solat di belakang, sedangkan lelaki di depan.
6)Islam susahkan kehidupan, kenapa perlu solat 5kali sehari.
7)kenapa tak boleh makan khinzir?
8)Jesus itu Tuhan, sebab anak kuda ialah kuda, anak kucing adalah kucing, so anak Tuhan adalah Tuhan.
9)ada satu naskhah al-Quran yang ditulis pada zaman saidina uthman bin Affan masih wujud hari ini, di mana?
10)apa itu holy water?
itulah antara soalan yang ustaz nicholas ajukan kepada kami seramai 80 orang ini.
Hari ini gak memenatkan diri ini. Lebih kurang 3 minggu rasanya menjalani kehidupan yang agak sibuk. rasa diri macam agak tak terurus pun ada. hmm..itulah pentingnya pengurusan masa. semester ni agak padat dengan aktiviti. bermula dengan OPKIM kat kuala nerang. disambung pula dengan program Akademi Kepimpinan PERMADAH selama tiga hari. minggu berikutnya Program Diskusi Fiqh Kewanitaan(DIWANI '09). minggu ini lagi banyak. Esok petang ada Kursus Memperkasakan Akidah pula.best ni:)..boleh belajar berdakwah untuk remaja dan non-muslim..agak penting bagi diriku yang bakal menjadi muallimah ni..i-Allah..sabtu ada sukan siswi. Anjuran PMAPIUM, PERMADAH & PMIUM. kn handle bahagian kayak..bestnyer.tp xtaula blh main ke tak.huhu..hari ahad...lagi pack.pagi ada hari keluarga Sarjana Muda Pendidikan Islam kat tasik perdana..tengahari dapat jemputan dari Kelab Fasilitator PMIUM pula.ada jamuan makan kat rumah niversiti. wah..makan lagi.murah rezeki:)..petang pi PEMERI pula.best.jemputannya Ustaz nicholas.mualaf.dulu dia kristian..xpi rasa rugi pula walaupun dapat masuk sesi petang jer...
Ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan segala tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. diri ini terlalu lemah dan kerdil. banyak lagi yang perlu dipelajari.
ya Allah, sesibuk mana pun aku, berikanlah aki kesempatan untuk sentiasa bersujud padamu, memohon keampunan dariMu..
Beritahu Pada Muslimah
Beritahu pada muslimah itu
diri nya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...